Tuesday, December 9, 2008

sambung "aku dan ke akuaan


Termenung aku memikirkan kehebatan alam ciptaa Tuhan.Akhirnya aku dapat sedikit jawapan, hasil dari pembacaan yang aku lakukan dan aku bandingkan kebenaran hujahnya untuk aku terima kerana aku faham bahawa setiap penulis mempunyai ideloginya atau arah nya yang tersendiri untuk membawa pembacanya.Pesan ku pada kawan-kawan diluar sana,Walau apa pun bahan yang kita baca,jangan terima 100%.Kaji arah pemikiran penulisnya lebih-lebih lagi buku agama.Penulis buku agama yang paling banyak aku jumpa menyerapkan ideloginya atau mazhab yang dia anuti kepada para pembaca yang tidak hati-hati dalam menerima ilmu dari bahan bacaan.Kita akan jumpa hadis-hadis,cerita-cerita yang konon nya dari al quran yang diguna pakai,yang kalau dikaji asal usulnya,Kita tak jumpa siapa perawinya.Putus hubungan sebelum sampai pada pangkal atau sumber-sumber yang layak memperawikan hadis.Itu yang menjadi sebab ada orang yang belajar sampai Universiti pun jadi sesat.
Kita penganut mahzab imam syafie tapi berapa ramai dari kalangan kita yang telah membaca kitab karangan al imam syafie?kita kata kita ikut tapi kita tak pernah baca apa yang kita ikut?kan persoalan yang pelik!kita baca karangan imam-imam terkemudian yang menjadi pengikut mahzab imam syafie tapi tak pernah membaca pencipta mahzab tu sendiri.kan ANEH?
Alamak aku dah melalut ke mana ni??????
Dalam al quran rupanya Allah ada berfirman bahawa dijadikan bumi ini sebagai tiang yang meneguhkan bumi.Supaya kita tak diterbangkan oleh angin yang bertiup kencang.Bukit-bukit ini akan memperlahankan pergerakan angin kencang ini dari menerbang kan kita mahluk yang di kasihi Allah.Saya katakan di kasihi Allah kerana apa?Rupa-rupanya apa saja yang dijadikan Allah dimuka bumi ini adalah untuk kegunaan manusia.MATAHARI,BULAN,BINTANG,BUKIT,HAIWAN,IKAN,ANGIN,API,apa sajalah ....semua untuk manusia cuma ada lagi benda yang kita tak tahu apa kegunaanya untuk kita.Ditegakkan ALLAH di bukit-bukit yang indah itu pokok-pokok supaya teguh pula bukit-bukit itu, tidak pecah atau runtuh.Tapi tangan-tangan manusia yang rakus ini lah yang menghancurkan apa yang indah ciptaan tuhan untuk kita.Kita ratakan bukit sedang kan kita tau ,ia adalah peneguh bumi dan kita diatas muka bumi.Maka terjadilah peristiwa BUKIT ANTARABANGSA.....sifat manusia cepat benar menunding jari.dah salah tapi masih mencari orang untuk disalahkan.Kenapa beli rumah kat kawasan tu?semua pangkat dato-dato,Tan sri-tan sri tak kan tak tau berfikir?Highland tower dah runtuh dulu,sepatutnya jadikan iktibar!Jangan beli rumah kat kawasan itu kalau memang kita orang bijak pandai.Rupanya kita tak cukup pandai kerana pandai lagi Tokey A Wong membodek kita membeli rumah dikawasan itu.Salahkan PBT.KENAPA tak salahkan diri sendiri?laaaaaaaaaaaaaaa sekali lagi aku ni melalut entah kemana?

Monday, December 8, 2008

Aku dan ke akuan


Aku terpegun dan terpersona melihat pemandangan gunung-ganang ciptaan Allah.Dalam keasyikan aku menikmati panorama tiba-tiba terlintas difikiran ku satu pertanyaan?Kenapa Allah tidak menjadikan bumi ini rata?tentu senang nak berjalan atau nak membina jalan raya,lurus saja dan tak bengkang-bengkok seperti bukit putus ditempat ku.Tiap kali nak lalui jalan Bukit Putus,tentu kepala ku pening kerana jarak selekohnya yang terlalu rapat dan tajam.Nak kena tanya orang ke?Asyik nak kena tanya orang je,malas betul aku ni berfikir.Dalam duduk mencongak nak tanya ke tidak ,tiba -tiba terlintas difikiran aku yang dah berkarat ni.Kalau rata tak dapat lah aku melihat permandangan yang indah yang sedang aku nikmati sekarang ni! mmm mampu gak aku ni berfikir.Rupanya akal dan hati memang tak pernah puas.Timbul lagi pertanyaan kenapa bukit tu jauh nampak kecil, bila gi dekat besar pulak?mata aku ke yang menipu aku atau bukit tu yang menipu aku.Kali ni aku ambil keputusan untuk mencari jawapan sendiri.......mampu ke aku???????

Friday, December 5, 2008

kepada rakan-rakan ku pembantu penerangan

Rakan.....
Kehidupan memang sering bermain-main dengan kita..
Kehidupan yang mendewasakan kita.memperkuatkan kita.
Jangan mudah tewas rakan-rakan ku
kerana.......
perjalanan kehidupan kita masih jauh.
Hadapilah....
hadapilah dengan penuh ketabahan dan kekuatan.
Kerahkan semangat apabila tenaga makin kurang,
Kerahkan airmata apabila hilang semangat.
moga airmata itu membawa semua kekecewaan
dan penderitaan pergi bersamanya.
Rakan.....
perjuangan memerlukan kegigihan,
perjuangan mendambakan ketabahan dan kesabaran,
teruskan langkah kaki mu,
jangan kau berhenti kerana keletihan,
jangan kau berhenti lantaran kejemuan,
jemu dengan kerenah manusia,
berhenti lah apabila tertutup mata mu

Thursday, December 4, 2008

Kematian

Mati....
mati adalah wajib bagi setiap insan yang bernyawa.Kenapa kita perlu mati?pertanyaan yang jawapan nya selalu kedengaran ialah kalau manusia tak mati-mati ,penuh lah dunia ni.Betul ke begitu?ada logik gak jawapan tu tapi hati aku tak pernah puas dengan satu jawapan.Tanya lagi...Manusia perlu mati agar manusia tahu erti rendah diri,tidak riak,sombong,takbur kerana dia tahu yang di akan mati,sebanyak mana pangkatnya atau setinggi langit hartanya tak kan dia bawa apa bila ajal menjelma...
Tanya lagi..
Manusia perlu merasai mati kerna Allah ingin menunjuk kan kewujudan NYA yang Maha Pencipta.Kita diajar dari kecil hingga dewasa akan wujudnya Allah.Kita tidak pernah bertanya atau ragu kerana ragu akan kewujudan Allah akan menghampirkan kita pada terpesong nya akidah(kata orang).Hingga kita terima je tanpa mengakui dengan penuh keyakinan akan kewujudan Allah sedang kan Nabi Ibrahim sendiri meminta Allah menambah keyakinan dalam dirinya tentang kebesaran dan keesaan NYA dan dimakbulkan Allah apabila nabi di minta mencencang lumat seekor burung dan letakan lah diatas beberapa gunung kemudian di panggil semula.Dalam Al Quran beratus kali kita akan jumpa ayat yang meminta kita berfikir.Berfikir tentang kejadian langit dan bumi,gunung dan lautan .disitu kita kan dapat tanda-tanda kewujudan dan kebesaran NYA.
Bagaimana pula dengan kematian....?
Dengan mati Allah menunjukkan bahawa sepandai mana pun doktor atau tabib diatas dunia ini tetap tidak akan dapat mencipta ubat"Pencegah Mati"cap gajah.Seramai mana raja yang tersohor mempunyai askar dan jentera pertahanan,tidak akan dapat menahan serangan kematian.Seorang penipu yang terpandai pun tak dapat menipu kematian.Dengan mati ,Allah menyuruh manusia secara halus dan kasar agar mengira dan menghitung amal kebaikan sehingga tak terhitung ,hingga kita tak ingat apa yang baik kita buat,disebabkan terlampau banyak kebaikan yang kita buat,kita dah terlupa....insyallah surga balasannya.Panjang juga jawap ni sedangkan aku tanya pendek je.Aku kalau panjang-panjang ni mula pening...?????

Wednesday, December 3, 2008

Hidup dan Mati




Hidup...

Satu anugerah yang tidak ternilai dari yang Maha Pencipta kerana dalm berjuta sperma yang berenang menuju ke ovum wanita kita yang terpilih untuk hidup,menatap kehijauan dan keindahan bumi ini.Pernahkah terlintas di fikiran kita atau terdetik pertanyaan di hati kita kenapa kita di hidupkan NYA?....Dibumi ini kita dijadikan Nya khalifah, yang satu masa dahulu Iblis laknatullah khalifah juga disini.Adakah kita sekadar memenuhi aturan dunia iaitu lahir sebagai bayi,membesar sebagai kanak-kanak,dewasa seterusnya tua dan mati......? Mungkin ada seribu satu jawapan yang mungkin ikhlas dan mungkin tidak.
Yang pasti nya pasti ada yang akan lahir membawa kehidupan dan ada akan pergi membawa kematian.
Mati......
Apa kah maksud mati....?terbujur kaku satu jasad,adakah itu mati?Kenapa setiap insan perlu merasai mati?Benarkah ada kehidupan selepas mati....?
terlalu banyak persoalan.....terlalu banyak persoalan.....????????

Tuesday, December 2, 2008

Penyelesaian......?

Mungkinkah dunia akan aman dari sebarang kancah peperangan?Aku rasa mustahil kerana dari zaman sebelum masihi lagi hingga ke saat ini dunia tak pernah aman dari peperangan.Satu demi satu peperangan melanda,satu demi satu kita melihat penderitaan yang menyedihkan sehingga tak dapat digambarkan bagaimana lagi perasaan kasihan dan sedih itu.
Aku,
Masih lagi macam tu juga,terkeliru mana yang harus aku dulukan antara diri ,masyarakat,negara atau dunia????kalau aku dulu kan diri dulu orang akan kata aku hanya mementing kan diri .kalau aku dulu kan masyarakat orang akan kata aku tak ada semangat petriotik,tak sayangkan negara.Pening..pening..teringat aku apa kata pak profesor Hamka yang membicarakan tentang diri dalam buku nya yang berjudul"hidup".Kita bernyawa.Mana letaknya nyawa?kita kata berhenti denyutan jantung,kita sudah kehilangan nyawa tapi tak semua orang mati kerana sakit jantung.Orang mati kerana kemalangan jalanraya,orang mati kerana sakit batuk kering,mati kerana tua.Lagi satu pening,kenapa lak aku cerita bab mati lak ni.....

Monday, December 1, 2008

Dunia dan segala isinya.

Kenapa Dunia semakin berkecamuk?Peperangan merata diseluruh pelusuk Dunia.perebutan kuasa dan harta semakin memualkan.Apakah salah firman Tuhan yang mengatakan DIA menjadikan manusia untuk memakmurkan dunia ini?Tidak! Tuhan tidak pernah salah,yang salah kita mahluk yang diciptanya dengan akal dan nafsu yang bakal membariskan kita sebaris dengan haiwan atau malaikat.
Aku,
sering tertanya dan bertanya dalam diri ku ini,kenapakah?mengapakah?Adakah jalan penyelesaian nya?Tidak terangkah lagi dalam diri ku ini akan perihal dan sifat-sifat seorang manusia?Aku membaca buku Profesor Hamka tentang diri.Aku makin faham tapi masih tidak mampu mengengkang nafsu sendiri.Semakin banyak aku membaca semakin aku tidak mengerti mengapa aku tidak mampu mengendalikan diri.Mungkin itu lah faktor yang menjadikan dunia kita semakin berkecamuk?Hilang kendali diri.Tamak haloba menguasai hingga tak pernah terdetik di hati mereka akan jerit raung orang yang terinaya angkara perbuatan mereka.Sekelumit rasa kasihan pun tak bersisa.Masihkah ada jalan penyelesaiannya????