Thursday, December 4, 2008

Kematian

Mati....
mati adalah wajib bagi setiap insan yang bernyawa.Kenapa kita perlu mati?pertanyaan yang jawapan nya selalu kedengaran ialah kalau manusia tak mati-mati ,penuh lah dunia ni.Betul ke begitu?ada logik gak jawapan tu tapi hati aku tak pernah puas dengan satu jawapan.Tanya lagi...Manusia perlu mati agar manusia tahu erti rendah diri,tidak riak,sombong,takbur kerana dia tahu yang di akan mati,sebanyak mana pangkatnya atau setinggi langit hartanya tak kan dia bawa apa bila ajal menjelma...
Tanya lagi..
Manusia perlu merasai mati kerna Allah ingin menunjuk kan kewujudan NYA yang Maha Pencipta.Kita diajar dari kecil hingga dewasa akan wujudnya Allah.Kita tidak pernah bertanya atau ragu kerana ragu akan kewujudan Allah akan menghampirkan kita pada terpesong nya akidah(kata orang).Hingga kita terima je tanpa mengakui dengan penuh keyakinan akan kewujudan Allah sedang kan Nabi Ibrahim sendiri meminta Allah menambah keyakinan dalam dirinya tentang kebesaran dan keesaan NYA dan dimakbulkan Allah apabila nabi di minta mencencang lumat seekor burung dan letakan lah diatas beberapa gunung kemudian di panggil semula.Dalam Al Quran beratus kali kita akan jumpa ayat yang meminta kita berfikir.Berfikir tentang kejadian langit dan bumi,gunung dan lautan .disitu kita kan dapat tanda-tanda kewujudan dan kebesaran NYA.
Bagaimana pula dengan kematian....?
Dengan mati Allah menunjukkan bahawa sepandai mana pun doktor atau tabib diatas dunia ini tetap tidak akan dapat mencipta ubat"Pencegah Mati"cap gajah.Seramai mana raja yang tersohor mempunyai askar dan jentera pertahanan,tidak akan dapat menahan serangan kematian.Seorang penipu yang terpandai pun tak dapat menipu kematian.Dengan mati ,Allah menyuruh manusia secara halus dan kasar agar mengira dan menghitung amal kebaikan sehingga tak terhitung ,hingga kita tak ingat apa yang baik kita buat,disebabkan terlampau banyak kebaikan yang kita buat,kita dah terlupa....insyallah surga balasannya.Panjang juga jawap ni sedangkan aku tanya pendek je.Aku kalau panjang-panjang ni mula pening...?????

1 comment:

Siong Berantai said...

exchange link dengan blog parlimen bukit bintang ...