Friday, December 5, 2008

kepada rakan-rakan ku pembantu penerangan

Rakan.....
Kehidupan memang sering bermain-main dengan kita..
Kehidupan yang mendewasakan kita.memperkuatkan kita.
Jangan mudah tewas rakan-rakan ku
kerana.......
perjalanan kehidupan kita masih jauh.
Hadapilah....
hadapilah dengan penuh ketabahan dan kekuatan.
Kerahkan semangat apabila tenaga makin kurang,
Kerahkan airmata apabila hilang semangat.
moga airmata itu membawa semua kekecewaan
dan penderitaan pergi bersamanya.
Rakan.....
perjuangan memerlukan kegigihan,
perjuangan mendambakan ketabahan dan kesabaran,
teruskan langkah kaki mu,
jangan kau berhenti kerana keletihan,
jangan kau berhenti lantaran kejemuan,
jemu dengan kerenah manusia,
berhenti lah apabila tertutup mata mu