Monday, December 8, 2008

Aku dan ke akuan


Aku terpegun dan terpersona melihat pemandangan gunung-ganang ciptaan Allah.Dalam keasyikan aku menikmati panorama tiba-tiba terlintas difikiran ku satu pertanyaan?Kenapa Allah tidak menjadikan bumi ini rata?tentu senang nak berjalan atau nak membina jalan raya,lurus saja dan tak bengkang-bengkok seperti bukit putus ditempat ku.Tiap kali nak lalui jalan Bukit Putus,tentu kepala ku pening kerana jarak selekohnya yang terlalu rapat dan tajam.Nak kena tanya orang ke?Asyik nak kena tanya orang je,malas betul aku ni berfikir.Dalam duduk mencongak nak tanya ke tidak ,tiba -tiba terlintas difikiran aku yang dah berkarat ni.Kalau rata tak dapat lah aku melihat permandangan yang indah yang sedang aku nikmati sekarang ni! mmm mampu gak aku ni berfikir.Rupanya akal dan hati memang tak pernah puas.Timbul lagi pertanyaan kenapa bukit tu jauh nampak kecil, bila gi dekat besar pulak?mata aku ke yang menipu aku atau bukit tu yang menipu aku.Kali ni aku ambil keputusan untuk mencari jawapan sendiri.......mampu ke aku???????