Tuesday, December 9, 2008

sambung "aku dan ke akuaan


Termenung aku memikirkan kehebatan alam ciptaa Tuhan.Akhirnya aku dapat sedikit jawapan, hasil dari pembacaan yang aku lakukan dan aku bandingkan kebenaran hujahnya untuk aku terima kerana aku faham bahawa setiap penulis mempunyai ideloginya atau arah nya yang tersendiri untuk membawa pembacanya.Pesan ku pada kawan-kawan diluar sana,Walau apa pun bahan yang kita baca,jangan terima 100%.Kaji arah pemikiran penulisnya lebih-lebih lagi buku agama.Penulis buku agama yang paling banyak aku jumpa menyerapkan ideloginya atau mazhab yang dia anuti kepada para pembaca yang tidak hati-hati dalam menerima ilmu dari bahan bacaan.Kita akan jumpa hadis-hadis,cerita-cerita yang konon nya dari al quran yang diguna pakai,yang kalau dikaji asal usulnya,Kita tak jumpa siapa perawinya.Putus hubungan sebelum sampai pada pangkal atau sumber-sumber yang layak memperawikan hadis.Itu yang menjadi sebab ada orang yang belajar sampai Universiti pun jadi sesat.
Kita penganut mahzab imam syafie tapi berapa ramai dari kalangan kita yang telah membaca kitab karangan al imam syafie?kita kata kita ikut tapi kita tak pernah baca apa yang kita ikut?kan persoalan yang pelik!kita baca karangan imam-imam terkemudian yang menjadi pengikut mahzab imam syafie tapi tak pernah membaca pencipta mahzab tu sendiri.kan ANEH?
Alamak aku dah melalut ke mana ni??????
Dalam al quran rupanya Allah ada berfirman bahawa dijadikan bumi ini sebagai tiang yang meneguhkan bumi.Supaya kita tak diterbangkan oleh angin yang bertiup kencang.Bukit-bukit ini akan memperlahankan pergerakan angin kencang ini dari menerbang kan kita mahluk yang di kasihi Allah.Saya katakan di kasihi Allah kerana apa?Rupa-rupanya apa saja yang dijadikan Allah dimuka bumi ini adalah untuk kegunaan manusia.MATAHARI,BULAN,BINTANG,BUKIT,HAIWAN,IKAN,ANGIN,API,apa sajalah ....semua untuk manusia cuma ada lagi benda yang kita tak tahu apa kegunaanya untuk kita.Ditegakkan ALLAH di bukit-bukit yang indah itu pokok-pokok supaya teguh pula bukit-bukit itu, tidak pecah atau runtuh.Tapi tangan-tangan manusia yang rakus ini lah yang menghancurkan apa yang indah ciptaan tuhan untuk kita.Kita ratakan bukit sedang kan kita tau ,ia adalah peneguh bumi dan kita diatas muka bumi.Maka terjadilah peristiwa BUKIT ANTARABANGSA.....sifat manusia cepat benar menunding jari.dah salah tapi masih mencari orang untuk disalahkan.Kenapa beli rumah kat kawasan tu?semua pangkat dato-dato,Tan sri-tan sri tak kan tak tau berfikir?Highland tower dah runtuh dulu,sepatutnya jadikan iktibar!Jangan beli rumah kat kawasan itu kalau memang kita orang bijak pandai.Rupanya kita tak cukup pandai kerana pandai lagi Tokey A Wong membodek kita membeli rumah dikawasan itu.Salahkan PBT.KENAPA tak salahkan diri sendiri?laaaaaaaaaaaaaaa sekali lagi aku ni melalut entah kemana?