Tuesday, November 17, 2009

hilang dalam rentak dunia


Awal ayat yang baik adalah menyebut nama Khalik,tuhan yang menciptakan pagi dan petang,Yang menciptakan mahluk yang melata di muka bumi.Segenap syukur dan puji hanya pada NYA.Dengan limpah kurnia kasih sayang NYA lah aku masih mampu untuk berblogger bersama kalian setelah sekian lama menyepikan diri.
Aku sebenarnya telah hilang dan tenggelam dalam permainan dan retak dunia yang di dominasikan oleh manusia-manusia yang hipokrit,sombong dan hanya mementingkan diri sendiri sahaja tanpa memperdulikan perasaan orang lain.Yang hanya ingin kan sesuatu tanpa memberikan sesuatu.Yang mendendami dengan penuh kealpaan.Alpa yang didendami mungkin membalas perbuatannya.Alpa yang kita hanya sementara didunia sehingga kalau difikirkan baik-baik, dendam itu hanya secebis kudis yang mencacatkan keindahan wajah kita.
Aku pasrah dengan apa yang berlaku walaupun pada awalnya aku terikut-ikut dengan permainan dunia sehingga aku hampir lemas ,terkapar sendirian.Aku yang terlalu mengikut perasaan yang inginkan keadilan,walau aku sedari keadilan itu hanya wujud dengan sifat dan keadaan yang berbeza.Yang jika diberi pada seseorang satu persoalan yang menuntut keadilan dan pertimbangan,jawapannya sering berbeza antara seorang ke seorang kerana persepsi yang berbeza mengenai keadilan.
Sekarang aku kembali bangun semula,walau dengan kebencian namun aku akan berusaha menjalani kehidupan.Aku akan berusaha menjauhi orang yang mendatang kan kebencian dihati ku yang selama ini tidak pernah mengenal erti kebencian yang sebegini.Aku cuma berharap kebencian ini akan lenyap dari hati ku.Pergi dibawa angin atau ribut seperti Tsunami yang pantas membawa bersamanya segala yang ditempuhi nya.

Monday, July 13, 2009


A'kum kepada kaki blogger semua.Aku walaupun agak lama tak bersama kalian tetapi aku tetap mengikuti perkembangan kalian.Perkembangan Dunia Blog yang semakin menarik dan kadang-kadang terkeluar dari batas perbincangan normal.
Kini kita dah mempunyai Perdana Menteri yang baru,Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan kini telah 100 hari berlalu dalam era pemerintah PM kita yang membawa dasar 1 Malaysia.Banyak perubahan yang telah berlaku baik dari segi dasar atau pun perlaksanaan yang telah dan sedang beliau cuba lakukan dengan selogan 'Rakyat didahulukan,pencapaian di utamakan' seperti KPI para menteri,dasar liberalisai ekonomi yang menyaksikan pemilikan ekuiti 30% untuk bumiputera pada syarikat yang ingin membuka perniagaan di Malaysia telah dihapuskan dan sebagai gantinya untuk meningkatkan pegangan ekuiti bumiputera dalam pemilikan ekonomi di Malaysia 'EKUINOS' telah ditubuhkan.Juga dasar pendidikan PPSMI juga bakal dihapuskan menjelang tahun 2012.
Aku memandang ke langit biru dan berharap segala dasar atau apa saja yang telah dan bakal dilakukan akan memberi kebaikan kepada kita sebagai rakyat malaysia dan kaum Melayu khususnya.Aku tidak mahu menjadi seperti Datuk Nik Aziz atau pun Datuk Seri Anuar Ibrahim yang menidakkan kaum sendiri hanya kerana kepentingan politik mereka.Seorang yang pendendam seperti Nik Aziz atau Anuar Ibrahim tidak layak menjadi pemimpin apatah lagi seorang yang menjadi tok guru yang siang malam menyuruh kita mencontohi Rasulullah.Setahu aku Rasulullah bukan seorang yang pendendam bahkan seorang yang paling pemaaf dimuka bumi ini dari dahulu hingga sekarang yang tiada tolok tandingannya.
Aku agak kecewa bila perpaduan yang dicanangkan pada peringkat awal oleh pemimpin PAS gagal dilaksankan hanya kerana mereka tunduk pada desakan rakan perikatan mereka.Kita bukan nak menubuhkan Kerajaan Perpaduan! kita hanya mahu pemimpin kaum melayu duduk semeja dan membincangkan permasaalahan yang sedang menimpa nasib kita orang melayu yang semakin ditekan oleh kaum lain sehingga kan hak bumiputera pun ingin mereka tuntut.Kenapa ini berlaku? tak lain tak bukan kerana kita sebagai kaum melayu telah berpecah,tidak bersatu padu.Itu pun susah ke?Gerakan, MCA,DAP dapat duduk semeja apabila ada masalah yang menyentuh nasib kaum mereka,kenapa kita tidak?Apa lagi yang tinggal pada kita jika kuasa itu pun kita nak beri pada kaum lain?.Aku sering berkata dalam hati"kalau kaum India bergaduh,mereka boleh balik Negara India.Kalau kaum Cina bergaduh mereka boleh balik Negara China.kalau kaum Melayu bergaduh?mana kita nak balik?Ini lah tanah tumpah darah kita satu-satunya.MANA KITA NAK BALIK????????????????????????????

Friday, April 10, 2009



Aku dah lama jugak tak berbloger bersama kawan-kawan yang lain,bukan apa tak tau nak cerita apa kerana aku ni bukan pandai sangat menulis dan mengarang cerita.Cuma aku terpandang gambar sebilah keris yang besar dan tersergam indah yang selalu nya begitu sinonim dengan aku orang melayu.

Aku agak sedih juga akhir-akhir ni kerana orang melayu semakin berpecah dan bergaduh hanya kerana berlainan pendapat dan pandangan dalam politik.Kenapa kita perlu bergaduh dan bercakaran sesama sendiri hanya kerana kita tidak sependapat?bukan kah berlainan dan perbezaan pendapat itu memeriahkan dunia kita dengan idea -idea baru dan segar?yang paling penting sekali ialah apa yang akan berlaku kepada orang melayu jika kita sesama kita sering bercakaran dan bergaduh?kita akan hilang keamanan yang kita kecapi selama ini kerana kita orang melayu adalah tonggak keamanan.Akan hilang keamanan di Malaysia jika kita kaum melayu bergaduh kerana kita golongan mejoriti di Malaysia.

Ingat lah pesan Hang Tuah"tak kan Melayu hilang di dunia" akan menjadi kenyataan hanya jika kita sepakat dan bersatu.Keris yang selama ini menjadi lambang kuasa orang melayu jangan di buang,Keris yang menjadi tonggak kekuatan orang melayu harus lah kita pertahan kan

HIDUP MELAYU,HIDUP MELAYU,HIDUP MELAYU

Monday, February 23, 2009

ketakutan dalam keinginan


Malam tadi aku merenung ke luar jendela melihat keindahan ciptaan tuhan yang tergantung diudara tak bertongkat dan bertali.Indah....memang indah walau pun hakikat sebenarnya bulan yang aku lihat dalam television tak seindah mana pun.Kedamai dan ketenangan menusuk ke jiwa.Aku menarik nafas sedalam-dalamnya seolah-olah tak ingin ku lepaskan lagi udara yang menyamankan diri ku ini.
Adakah ini kata nya kepuasan?lalu apa yang membuat aku rasa puas?Rasanya dalam menjalani hidup telah berbagai dugaan dan cabaran jua rintangan yang aku tempohi.Aku naik masak dan faham dengan perangai manusia.Manusia hipokrit,salah satu dari golongan yang tidak aku sukai dan sukar aku nak tafsirkan kerana kepura-puraan adalah mainannya cuma kita boleh kenali golongan ini dari sikap dan tingkah laku yang mereka tunjukkan.
Ketakutan adalah mainan dalam hati ku.Aku sering diburu ketakutan.Takut malu,takut mati,takut ditertawakan,takut tak berjaya,takut dikecewakan dan berbagai-bagai lagi ketakutan yang menghantui hati ini.Namun dalam ketakutan itu wujud satu perasaan yang ingin melawan iaitu.......keinginan...
Aku ingin berjaya apabila melihat orang berjaya,aku ingin bercinta bila melihat sepasang insan berkasih-kasihan,Aku ingin.......ah..rupanya unik sungguh ciptaan tuhan kerana untuk meneruskan alam ciptaanNya ditumbuhkan keinginan walau dalam ketakutan

Monday, February 16, 2009

kematian mengikuti setiap kehidupan.











Hari ini bermula lah episod perkahwinan dalam dairy hidup sepasang kekasih dua sejoli yang selamat di ijab kabulkan pada 14.2.2009.Sepasang selebriti yang tidak asing lagi di tanah air kita ini.Mungkin juga ditempat-tempat lain di Malaysia ini berlangsung juga perkahwinan tanda telah terikatnya kasih yang telah disemai sekian lama yang selama ini menunggu kedatangan saat bahagia.Setiap perkahwinan akan pasti melahirkan kehidupan.Kehidupan yang akan mewarnai perjalanan hidup kita diatas muka bumi Allah yang indah ini.





Begitu juga disudut lain dimuka bumi Allah ini,berakhirnya sebuah kehidupan seorang ayah selebriti yang juga tidak asing lagi di dunia seni tanah air kita.Beliau telah menghembuskan nafasnya pada 15.2.2009.Kematian akibat komplikasi jantung,begitulah menurut doktor tetapi apa yang pasti ialah disetiap kematian akan ada kehidupan,dan disetiap kehidupan akan ada kematian.Itulah lumrah(sunnah) yang akan berjalan dimuka bumi ini sehingga berakhirnya umur dunia,terbitnya matahati dari barat (kiamat)
Tahniah buat yang berkahwin dan Takziah buat yang kehilangan

Thursday, February 12, 2009

Pidato "senangkan lah hati mu "








Kalau engkau kaya,senangkan hati mu!Kerana dihadapan mu terbentang kesempatan untuk mengerjakan segala yang sulit-sulit,Segala perbuatan mu dihargai orang,engkau beroleh pujian dimana-mana.Engkau menjadi mulia,tegak mu teguh.Dihadapan mu terdampar permaidani kepujian,sebab itu engkau beroleh kebebasan dan kemerdekaan.Jika kau fakir miskin,senangkan pula hati mu!kerana kau terlepas dari satu penyakit jiwa,Penyakit kesombongan yang selalu menimpa orang kaya.Senangkanlah hati mu kerana tak ada orang yang akan hasad dan dengki kepada engkau lagi,lantaran kemiskinan mu.Kefakiran dan kemiskinan adalah nikmat,yang tidak ada jalan bagi orang lain buat kecil hati,dan tidak ada pintu bagi kebencian.


Kalau engkau dermawan,senangkanlah hatimu!Kerana dengan kedermawan engkau itu dapat mengisi tangan-tangan yang kosong,telah dapat menutup tubuh-tubuh yang hampir telanjang,engkau tegak kan orang yang hampir roboh.Dengan sebab itu kau telah mengikuti kata hati mu dan engkau beroleh bahagia.Berpuluh malah beratus mahluk tuhan yang akan menghantarkan pujian kepada Tuhan lantaran pertolongan mu.Kesenangan hati mu tadi yang cuma satu kini berlipat ganda,sebab telah banyak orang lain yang telah mengecap nikmatnya.Kalau engkau tak kuasa untuk menjadi dermawan,itu pun senangkanlah hatimu!sebab engkau tidak akan bertemu satu penyakit yang sering menular dalam masyarakat manusia,iaitu tidak membalas jasa.Mereka ambil kebaikkan budi dan kedermawan mu itu jadi senjata untuk menjatuhkan tuduhan-tuduhan yang rendah,hina.Saat yang demikian tentu akan datang kepada setiap orang yang dermawan,yang menyebabkan mereka hilang kepercayaan kepada setiap manusia,disangka manusia adalah jenis yang tidak pandai mengenang budi, Pada hal langkah belum sampai lagi ke puncak kebahagian
dan beroleh keampunan dari Tuhan.


Kalau engkau masih muda remaja senangkanlah hati mu!kerana pohon pengharapan mu masih subur,dahan-dahannya masih rendang dan rimbun.Tujuan kenang-kenangan masih jauh.sebab umur mu masih muda,mudahlah bagi mu menjadikan mimpi satu kenyataan yang sebenarnya.Kalau engkau telah tua,senangkanlah hati mu jua!kerana engkau telah terlepas dari medan pertempuran dan perjuangan yang sengit,dan engkau telah beroleh beberapa ilmu yangberguna dari sekolah hidup.Engkau telah tahu firasat,mengerti gerak geri manusia dan tahu kemana tujuan jalan yang ditempuhnya.Oleh sebab itu,segala perkerjaan yang engkau kerjakan itu kalau engkau suka akan membawa banyak fedah dan lebih tersingkirdari bahaya.satu detik daripada umur mu dimasa tua,lebih mahal harganya daripada bertahun-tahun zaman muda,sebabnya semua telah engkau lalui dengan pandangan yang terang dan pengalaman yang pahit.


Kalau badan mu sihat,senangkanlah hatimu!tandanya telah ternyata pada mu kekayaaan tuhan dan kemuliaan nikmatNya,lantaran tubuh yang sihat,mudahlah engkau mendaki bukit kesusahan dan menempuh padang kesulitan.Kalau engkau sakit,senangkanlah hati mu!kerana ternyata bahawa diri mu adalah medan tempat perjuangan diantara dua alam ciptaan tuhan iaitu kesihatan dan kesakitan>Kemenangan akan terjadi kepada salah satu yang kuat,Kesembuhan mesti akan datang sesudah perjuangan itu,baik kesembuhan dunia,ataupun kesembuhan sejati(kematian).


Monday, February 9, 2009

sambungan bahagia dari sudut pandangan imam ghazali



kata al imam Ghazali lagi:"Kesempurnaan bahagia itu bergantung kepada tiga kekuatan"

a.Kekuatan marah

b.Kekuatan syahwat

c.Kekuatan Ilmu

maka adalah sangat perlunya manusia berjalan ditenga-tengah diantara tiga kekuatan ini.Jangan berlebih-lebihan menurutkan kekuatan marah,yang menyebabkan mempermudahkan yang sukar dan membawanya kepada kebinasaan.jangan pula berlebih-lebihan menuruti kekuatan syahwat sehingga menjadi seorang yang humuq(bodoh),yang membawa kerosakan pula.Maka jika kekuatan marah dan syahwat itu ditimbang baik-baik diletakkan ditengah-tengah,luruslah perjalanannya menuju petunjuk tuhanKekuatan marah jika berlebihan dari yang mestinya,kejadian memukul dan membunuh berluas-luasa tapi kalau kurang dari yang mestinya,hilanglah rasa cemburu(ghairah)dan hilanglah pula perasaan tanggungjawap atas agama dan keperluan hidup atas dunia.Jika diletakkan ditengah-tengah maka timbullah kesabaran,keberanian dalam perkara yang memerlukan keberanian,dan segala perkerjaan dapat dikerjakan menurut nikmat.

Demikian juga dengan kekuatan syahwat,kalau syahwat bwrtambah-tambah dari yang perlu maka terjadilah fasiq(melanggar perintah tuhan),onar(huru hara).Tapi kalau syahwat kurang maka terjadilah kelemahan hati,pemalas.kalau syahwat berjalan ditengah-tengah ,timbullah 'iffah ertinya dapat memerintah diri sendiri dan qanaah,yakni cukup dengan apa yang ada serta tidak berhenti berusaha.

"Dalam batin kamu ada terkumpul beberapa sifat yang ganjil,sifat kebinatangan,sifat keganasan,sifat syaitan dan sifat malaikat.Diri mu yang sejati ialah nyawa mu,roh mu.hendaklah kau tahu bahawa sifat-sifat tersebut bukan kejadian mu yang asli dari jiwa mu.Dia hanya sifat-sifat yang menadatang kemudian.sebab itu hendaklah engkau perhatikan baik-baik apakah makanan yang disukai oleh sifat-sifat tersebut untuk mencapai bahagia.

Kebahagian sifat kebinatangan ialah makan dan minum tidur dan sebagainya.Kalau engkau dimasuki oleh sifat ini lebih dari sepatutnya,tentu engkau hanya bersungguh-sungguh memikirkan makan dan minum sahaja.Kesenangan dan kebahagian sifat ganas ialah memukul dan merosak.Kebahagian dan kesenangan syaitan ialah memperdayakan kamu dan menjerumus kamu serta menghela.kalau sifat syaitan itu ada pada kamu,kamu akan memperdaya orang,menjerumuskan orang kepada kesesatan,menghelah-helah,memutar duduk perkara,sebab dengan demikianlah tercapai kebahagian dan kesenangan syaitan.

Ada pun kesenangan dan kebahagian sifat malaikat adalah menyaksikan keindahan hadrat rubbiyah.keindahan hikmat illahiyah.Marah dan syahwat tak terpengaruh atas orang -orang yang begini.Kalau kau mempunyai sifat malaikat ini maka hendaklah kau bersungguh mengkaji asal kejadian mu sehingga akhirnya kau tahu jalan manakah yang perlu kau tempuh untuk mencri hadrat rubbiyah itu,sampai akhirnya kau beroleh kebahagian yang mulia dan tinggi,iaitu musyahadah,menyaksikan ketinggian dan keindahan yang maha esa tuhan mu,terlepas kamu dari sifat marah dan syahwat.Disana kamu aka tahu bahawa dijadikan sifat marah dan syahwat bukanlah untuk kamu terjerumus dan tertawan tetapi agar kamu menawannya.Dapatlah keduanya kamu pergunakan jadi perkakas untuk mencapai jalan makrifat itu tadi.yang satu engkau jadikan kenderaan,yang lain kamu jadikan senjata,sehingga mudah lah mencapai keberuntungan,bahagia dan kesenangan

kalau kau lihat salah satu kerajaan hati itu melanggar undang-undang hidup,iaitu salah satu dari syahwat atau marah.Hendaklah kau lawan dengan sepenuh tenaga.kalau dia kalah sekali-kali jangan kau bunuh kerana kerajaan hati tidak akan lengkap dan sentosa jika keduanya tiada.Kalau kau jalankan yang sedemikian ,tentu akan beroleh bahagia.Dapat engkau memegang dan mempergunakan nikmat Allah menurut yang semestinya danmendapat kemuliaan dariNya tetapi jika kau langgar maka tentu kau akan beroleh siksaNya yang akan membuat kau menyesal

Bahagia dari sudut pandangan Al Imam Al Ghazali


Berkata al ghazali,orang tua dan kiblat segala tabib jiwa ."Bahagia dan kelazatan sejati,ialah bilamana dapat mengingati Allah"Beliau berkata seterusnya:"Ketahuilah bahagia tiap-tiap sesuatu ialah kita rasai nikmat kesenangan dan kelazatan,dan kelazatan itu adalah mengikut tabiat kejadian masing-masing.Maka kelazatan mata ialah melihat sesuatu yang indah,kenikmata telinga mendengar sesuatu yang merdu,demikian juga segala anggota yang lain di tubuh badan manusia.Adapun kelazatan hati ialah teguh makrifat kepada Allah kerana hati itu dijadikan buat mengingati Allah.Tiap-tiap sesuatu yang dahulunya tidak dikenali manusia,alang kah gembiranya jika dapat dikenalinya.Seprti seorang yang baru pandai bermain catur,dia tak henti-henti main,meskipun telah dilarang berkali-kali,tidak sabar hatinya jika tak bertemu papan dan buah catur.Demikian juga hati,yang dulu tidak makrifat kepada tuhannya,kemudian mendapat nikmat mengenalNya,sangatlah gembiranya dan tidak sabar dia menunggu masa akan bertemu dengan tuhannya itu,kerana kelazatan mata memandang yang indah tadi.tiap bertambah besar makrifat,bertambah lah juga kelazatan itu.
Seorang rakyat akan sangat gembira kalau dia dapat berkenalan dengan perdana menteri,dan berlipat kali kegembiraannya jika dapat berkenalan dengan raja atau sultan,tentu saja berkenalan dengan Allah adalah puncak segala kegembiraan lebih dari yang diperkira manusia,sebab tiada yang maujud ini lebih dari kemuliaan Allah.Bukan kah segala kemuliaan alam ini hanya sebahagian dari anugerah Allah?Bukan kah segala yang ganjil itu hanya sebahagian dari keganjilan Allah?Oleh itu tidak ada satu makrifat yang lebih lazat dari makrifatullah.Tidak ada satu pandangan yang lebih indah daripada pandangan Allah,sebab segala kelazatan dan kegembiraan,kesenangan dan sukacita yang ada diatas duniaini,semuanya hanya tertakluk kepada pertimbangan nafsu,dan semua akan berhenti perjalanannya apabila sampai ke satu batas iaitu kematian.Tetapi kelazatan makrifatullah itu tak tertakluk kepada nafsu,ia tertakluk pada hati.maka perasaan hati tidak berhenti selepas kematian.Hati nurani itu tidak akan rosak lantaran perpindahan hidup dari fana kepada baqa.Maka apabila tubuh kasar ini mati,bertambah bersih lah makrifat itu,kerana tidak ada penganggu lagi,sebab kekuasaan iblis,hawa dan nafsu tidak sampai ke sana.Hati nurani ini telah keluar dari tempat yang gelap gelita menuju ke tempat yang terang benderang,dari alam yang sempit ke daerah yang amat luas.
akan kita sambung lagi dikesempatan yang lain kerana agak panjang pandangan al imam al ghazali tentang erti bahagia

Thursday, February 5, 2009

Bahagia/////





Tiga orang bersahabat berjalan di sebuah kota yang ramai,di mana berdiri rumah yang indah-indah.tempat tinggal orang yang kaya-kaya,bos-bos dan orang yang bergaji besar.ketika itu hari telah petang,matahari telah condong ke barat,cahaya mentari merah dari barat bergelut dengan cahaya lampu dijalanan yang mulai menerangi jalan raya.Di antara pergelutan siang dan malam itu ,beberapa orang sedang duduk di perkarangan rumahnya bersama anak dan isterinya,sambil membaca suratkhabar.Beristirehat sambil dihidang dengan secangkir tea oleh sang isteri yang sedang menyulam menemani suaminya.Anak-anak bemain berkejar-kejaran di halaman rumah di atas hamparan rumput yang menghijau.

Alangkah bahagianya orang yang tinggal di sini,kata salah seorang dari tiga orang sahabat itu.Lihatlah keindahan rumahnya dengan landskap yang begitu indah disertai perabot rumah yang mewah yang memenuhi keinginan hatinya.Garajnya yang dilengkapi kereta yang mewah,tentu keluaran atau model yang terbaru,gajinya tentu mencukupi untuk belanja dari bulan ke sebulan atau mungkin lebih dari mencukupi.

Seorang lagi rakannya yang mendengar ucapan kawannya itu menjawap:Ah,jangan engkau terpedaya dengan kulit luaran,kerana dunia ini hanya lakonan.Boleh jadi disebalik keindahan perkakas,disebalik senyuman dan tawa itu tersembunyi beberapa kepahitan yang mereka tanggungi,yang tidak diketahui oleh orang lain.Ramai yang tertawa sedangkan hatinya luka parah.Ramai yang tertipu melihat cahaya mentari diwaktu panas di tanah lapang disangkakan air,setelah sampai kesana rupanya hanya pasir belaka.Banyak sekali,keadaan yang rahmat dipandang lahir,tetapi pada batinnya laknat.

Kalau begitu apakah ertinya bahagia?dimanakah batasnya?

Seorang mengatakan kebahagian itu hanya didapati oleh orang yang mempunyai wang yang banyak dan cukup.Kerana dengan kekayaan,segala yang dimaksud tentu tercapai.Orang kaya dimana dia tinggal,perkataan dan cakapnya didengar,salah-salah sedikit tentu dimaafkan orang saja.Wang adalah laksana manisannya.Sengsara ialah pada kemiskinan,meskipun benar yang kita ucapkan dari bibir,kebenaran tidak akan tegak kerana tak bertulang punggung,tulang punggung nya adalah harta.didalam satu majlis yang selalu duduk didepan adalah orang kaya dan di hujung sudut belakang adalah orang miskin.Yang lain mengatakan kebahagian itu adalah pada kemuliaan,nama yang mahsyur dan menjadi sebutan orang,dipuji ketepi dan ke tengah.itulah bahagia katanya,kerana baginya harta tidak dibawa mati tapi nama yang baik kekal diingatan orang.

Seorang tadi mengatakan bahagia itu lantaran banyaknya harta.Tahukah kenapa dia berkata begitu?Rupanya perkataan itu keluar lantaran dia putus asa,mungkin langkahnya selalu terbantut sebab miskin,banyak kali maksudnya tak kesampaian kerana fakir.Lalu diputuskan bahawa kebahagian terletak pada kekayaan,lain tidak.Barang kali pernah buah fikirannya tak diterima orang pada hal benar,tetapi kerana dia tak punya wang,harta lalu diabaikan orang.ucapan bahagia itu adalah dari hatinya yang kecewa.

Seorang lagi dilihatnya ada beberapa pemimpin dan pejuang sesuatu bangsa,seperti Hitler dan Mussolini,dihormati oleh rakyat Jerman dan Italy setinggi langit.Ramai yang menyangka kedua-dua diktaktor itu bahagia.Lalu dia mengatakan kebahagiaan itu adalah pada nama.Sebenarnya setiap orang mempunyai kaedah (ungkapan dan anggapan)tentang bahagia,sebanyak mana penderitaan,sebanyak mana pengalaman,sebanyak mana kekecewaan.

#Orang fakir mengatakan bahagia itu pada kekayaan.

#orang sakit mengatakan bahagia itu pada kesihatan

#orang yang terjerumus kelembah dosa mengatakan bahawa berhenti dari dosa itu adalah kebahagian.

#Seseorang yang tengah rindu dan bercinta mengatakan bertemu kekasih itu adalah kebahagiaan.

#Seorang pemimpin rakyat berpendapat,bahawa kemerdekaan dan kemajuan bangsanya yang dipimpin,itulah bahagia.

#Seorang penyair merasa bahagia apabila syairnya menjadi hafalan dan sanjungan orang.

Kita akan semakin binggung memikirkan hal ini.Dimanakah terletaknya kebahagian itu?

Wednesday, January 28, 2009

sambungan 'sejarah..............



Siapa yang tidak belas dan kasihan melihat anak-anak
kecil menjadi mangsa kekejaman,kerakusan dan kebuasan satu bangsa yang begitu membanggakan keturunannya.Bangsa yang melahirkan hampir kesemua nabi dan rasul tetapi tiada langsung walau sedikit pun sifat-sifat kenabian itu mereka miliki atau ikuti.Hingga kadang-kadang terlintas dalam benak aku yang berkarat ni,kenapa Allah turunkan para nabi dari kalangan mereka dan kenapa Allah sering menyeru mereka sebagai umat yang dilebihkan dari umat yang lain?Kita kena lihat sejarah dalam al quran untuk menjawap persoalan yang timbul.

Nabi Adam turun ke dunia hanya bertemankan hawa,itu yang diwahyukan Allah dalam kitabnya,jadi tak mungkin wujudnya bangsa dan puak pada masa itu.beribu-ribu tahun selepas itu manusia semakin ramai dan berkembang biak kerana itulah tujuan manusia diturunkan Allah kemuka bumi selain menjadi Khalifah ialah memakmurkan bumi Allah ini.Kalau tak silap aku dalam kitab al imam profesor hamka yang bertajuk tafsir al azhar ada menyatakan yang bangsa Israel ini wujud selepas zaman nabi yaacub iaitu salah seorang anaknya yang bernama israel (yahuda)dan darinya lah permulaan bangsa israel ini.
Pada awalnya mereka ni adalah bangsa yang hidup secara nomad(berpindah -randah) dan sering menjadi hamba di sesuatu tempat atau negara.sebab itu la maharaja firaun mengejar Nabi musa ketika Nabi musa membawa bangsa Israel keluar dari Mesir kerana jika tak ada bangsa Israel ini,pembangunan mesir akan tergendala dan kerja-kerja yang memerlukan tenaga kasar akan terbengkalai(seperti kita apabila kerajaan halau keluar pendatang asing pada sikit masa dulu,kan kecoh).Melalui bangsa ini Allah turunkan nabi-nabi dan rasul dan allah melebihkan mereka dari segala umat dengan kelebihan nikmat agama(semua agama berasal dari bangsa ini tetapi telah dipesongkan).mereka, allah beri makanan dari langit(makna dan salwa).mereka adalah bangsa yang diberi pertolongan oleh allah dalam banyak perkara secara langsung seperti allah belah kan laut merah untuk laluan nabi musa dan kaumnya dan banyak lagilah sehingga diturunkan allah nabi yang tidak berpangkal dari bangsa mereka.Itu yang membuat mereka membenci Islam dan umatnya.sehinggakan dalam satu hadis ada menyebut "tak kan sesekali redha yahudi,nasrani terhadap kamu(islam)selagi kamu tak mengikut apa yang mereka ikuti dan anuti".
begitulah bencinya mereka kepada kita.
Mereka adalah satu bangsa yang bongkak,sombong dan mempunyai segala penyakit hati yang wujud di dunia ini,sebab itu allah turunkan ramai nabi dalam kaum mereka.Bayangkan keras atau tidak hati mereka ini!!!nabi nuh menyeru kaumnya selama lebih 900 tahun kalau tak silap dalam satu buku yang saya baca dan mempunyai hanya pengikut kurang dari 10 orang.banyak nabi yang mereka banggakan konon lahir dari bangsa mereka tetapi mereka bunuh seperti nabi Isa,nabi Zakaria dan ramai lagi yang kalau tidak silap dalam satu buku menyatakan ada lebih dari seribu nabi yang lahir dari kalangan bangsa mereka dan
kebanyakan mereka bunuh.

Allah mengutuk mereka , mereka tak akan mempunyai sebuah negara pun dan akan bergelandangan di muka bumi ini sehingga hari kiamat kerana usaha tangan mereka dan hati mereka yang busuk itu.mereka mengaetahui perkara ini dan perkara ini memang terjadi.yahudi di benci oleh semua bangsa.hitler membunuh lebih dari sejuta orang yahudi.Amerika kerana mengetahui yang negara mereka akan dimiliki oleh bangsa yahudi ini jika dibiarkan menetap di bumi mereka telah membuat cadangan untuk menempatkan mereka di bumi palestine dan akhirnya wujudlah sebuah negara Israel.namun begitu percayalah wahai umat islam pertolongan allah akan tiba kerana janji allah benar.negara Israel akan musnah kerana sekarang pun mereka tidak aman.hati mereka,Allah isikan dengan ketakutan dan keresahan sebab itu mereka menjalankan agenda di seluruh dunia degnan niat untuk merubah atau menahan apa yang allah janjikan......Wasalam





Tuesday, January 27, 2009

Komen"Merenung sejarah,membina kekuatan bangsa"

















Aku kalau bercerita bab Palestine ni aku sedih,teramat sedih apabila melihat akan penderitaan rakyat nya yang tak berdosa.Anak kehilangan ibu-bapa,ibu-bapa kehilangan anak dan sanak saudara.Semuanya akibat daripada peperangan yang terjadi akibat dari sifat manusia yang tamak haloba,dengki khianat,permusuhan yang tiada kesudahan dan Palestine adalah sebahagian daripada sejarah itu.mereka sedang mencipta sejarah,menjalani sejarah yang akan ditatap oleh generasi yang akan datang yang akan mengenang peperangan ini sebagai sejarah hitam mereka.Persoalannya benarkah kata sarjana itu yang sejarah tak pernah berbohong?
Aku mulakan dengan definasi sejarah.Sejarah adalah sesuatu yang berlaku pada suatu masa dahulu,melibatkan orang yang terdahulu dan diceritakan atau dicatatkan oleh orang yang terdahulu dan terkemudian.Apa yang dicatatkan oleh orang terdahulu adalah catatan apa yang mereka jalani dan berlaku pada masa itu(itu pun jika ada pencatatnya).Orang terkemudian mencatatkan apa yang mereka dengar,baca dan kaji(lihat -tidak kerana dah berlalu).Persoalannya lagi,macam mana kita menentukan sejarah itu adalah perkara yang sebenar berlaku pada masa dan ketika itu kerana kita tak dapat mensahihkan catatan atau bertanya pada orang yang melaluinya?Sering berlaku FAKTA yang kita katakan sejarah telah di putar belitkan oleh orang-orang berkepentingan.Sebagai contoh yang mudah adalah kewafatan nabi Isa a.s , banyak berlaku percanggahan dalam penceritaan ataupun penulisan.Kemangkatan syaidina ali juga banyak berlaku percanggahan.Bahkan sejarah tentang Hnag Tuah itu sendiri pun banyak berlaku percanggahan.Jadi bagaimana kita dapat menyatakan sejarah tak pernah berbohong?
Sarjana ini mengatakan semua orang dah emosional dan ingin berdiri dalam realiti dengan mengambil contoh Israel sebagai jiran yang di bom oleh jiran yang tidak bertanggungjawap!.Aku tak setuju langsung kerana sejarah mencatatkan negara Israel itu tidak wujud!!!.Mereka bukan jiran Palestine tetapi orang yang merampas tanah Palestine!.Atas dasar realiti apa yang sarjana ini berpijak?Dia ingin mengesyorkan agar Palestine menerima kewujudan negara Israel dan menganggap mereka sebagai jiran?Sejarah mencatatkan akan kelicikan dan keangkuhan serta bertapa orang yahudi ini adalah satu bangsa yang tidak boleh dipercayai dalam memegang satu-satu perjanjian atau amanah.Atas dasar apa pula sarjana ini mengatakan seolah-olah Israel adalah bangsa yang bertanggungjawap?










Aku setuju bila sarjana ini mengatakan yang Palestine perlu mengikuti Salahuddin al-ayubi.Aku dari dulu pun beranggapan begitu kerana tindakan tanpa menggunakan akal tapi emosi hanya akan mengundang padah kepada diri dan rakyat.Palestine perlu mengambil segala peluang untuk meningkat kan keupayaan dari segi ketenteraan dan keuwangan juga prasarana.Ambil masa untuk membina kembali negara dan rakyat.Dalam ayat al quran nurkarim ada menyatakan agar orang islam sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi musuh Allah.Siap sedia yang bagaimana?Sentiasa mahu berjuang walaupun menggunakan batu?sentiasa mahu menjadi tembok manusia atau pengebom berani mati?itu kah yang Allah maksudkan bersiap sedia itu?Mari kita lihat sejarah nabi junjungan kita.Rasullah tidak tergesa-gesa untuk menakluki Mekah sebaik saja menjadi pemimpin di Madinah.Rasullah membina kekuatan umat Islam dahulu,baik dari segi mental dan meterialnya(ketenteraan).Selepas itu baru lah baginda menakluki Mekah dan seterusnya negara-negara lain(oleh para sahabat).
Aku juga setuju apabila sarjana ini mengatakan bahawa Hamas tidak akan seteruk itu diserang jika Fatah,Hamas dan Hisbollah dapat bersatu.Sebenarnya sejarah mencatatkan jika mereka tak berperang dengan Israel,mereka akan berperang sesama sendiri.lantaran fahaman dan ketidaksamaan dalam pendapat.Ini sebenarnya kelemahan kita umat Islam,Sering berselisih dalam menjalankan suruhan Agama,Mahzab-mahzab yang ada sepatutnya memperkayakan Agama Islam dengan toleransi,memberi pendapat dan permufakatan kerana kalau kita baca sejarah.Tidak pernah kita dengar yang Imam Maliki,Imam Syafie,Imam Hambali dan Imam Hanafi bergaduh atau bertengkar,bahkan mereka saling guru-mengurui sesama mereka kerana menghormati ilmu yang ada pada salah seorang dari mereka.Mereka saling puji memuji akan ketinggian ilmu rakan mereka.Ditambah lagi dengan puak syiah,puak khawarij dan berberapa puak lagi,semuanya ini menyumbang kepada pepecahan dan ini turut berlaku pada kita di Malaysia.PAS melebal kan diri mereka sebagai lebih Islam daripada UMNO.Akhirnya yang berpecah adalah kekuatan orang melayu itu sendiri.Syurga dan neraka di momok-momokkan seolah-olah itu milik mereka.
Aku rasa dah panjang menjela lak komen aku ni.sebenarnya banyak lagi yang aku nak komen tapi akan datang je lah te.nanti aku sambung lagi komen aku.So apa lagi ,giliran kauorang lak komen aku........

Thursday, January 15, 2009

antara keliru dan terkeliru 2


aku sambung balik cerita aku semalam kerana tak adil lak cerita separuh-separuh ni,buat orang tertanya-tanya je."kita dah merdeka berapa lama tapi masih begitu kurang lagi buku-buku ilmuan yang kita melayukan.Profesor-profesor yang membantah PPSMI tu pun tak nak memelayukan buku ilmuan mat salleh,kata nak memperjuangkan bahasa ibunda tapi........."aku mengeluh kat depan kawan aku.itulah punca kerajaan mengambil jalan agresif dengan memperkenalkan PPSMI.Cuba buku-buku ilmuan kebanyakan ditulis dalam bahasa melayu ,aku rasa kerajaan tak kan mengambil jalan begini.Alasan mereka yang bijak pandai ni ialah dah berapa ramai orang bijak pandai yang telah kita lahirkan dengan sistem yang dulu tetapi mereka lupa pula,pandai yang macam mana?berapa ramai bijak pandai yang kita lahirkan tergolong dalam golongan yang genius(orang yang mencipta sesuatu sebelum terfikir oleh orang lain) ?.saya masih ingat lagi satu masa dulu sebelum para pelajar kita dihantar keluar negara mereka kena menduduki kelas bahasa english.Kenapa ini berlaku?dan berapa ramai yang ditinggalkan untuk belajar di universiti di malaysia hanya kerana masih gagal menguasai bahasa itu?.
Aku teringat isu ni seperti isu murid sekolah di dera oleh guru.Kalau kita lihat isu murid didera ini dalam akhbar dan kita buat kebarangkalian dengan nisbah murid yang didera dengan jumlah murid satu malaysia,aku rasa hanya 1% atau 2% saja tapi kerana campur tangan orang yang bijak pandai ni dikurang kan kuasa guru dan ditambah kuasa murid.Apa telah jadi sekarang ni?murid-murid iatu anak-anak kita dah semakin kurang ajar,tak menghormati guru lalu impaknya ialah mereka tak menghormati kita sebagai ibu bapa dan orang tua.Kita larang mereka keluar rumah,mereka lari dari rumah.kita tak bagi duit,dia bunuh emak dan ayah.Lihat tak apa yang di usahakan oleh orang yang mengaku bijak lagi pandai ni.mereka tak memandang kebaikan masa panjang tapi hanya memikirkan kebaikan masa tu saja dan kita yang kena menghadapi kesilapan mereka itu.Bagi aku kalau mereka betul bijak dan pandai,buat dan usahakan agar semua buku ilmu, baik dalam bahasa english,jepun ,rusia,perancis atau apa sajalah di MELAYUKAN.baru kerajaan tak perlu mewujudkan sistem PPSMI ni.Ni tak,asyik nak menyalak je konon nak menunjukkan mereka tu pandai dan memperjuangkan bahasa konon......!
Apa guna nya bahasa kalau bangsa nya tak wujud.Diinjak orang kerana kemunduran kita seperti rakyat palestin.Nak masukkan dalam segmen "Hari ini dalam sejarah" ke seperti terhapusnya bangsa red indian di amerika hanya kerana mempertahankan adat dan keturunan tanpa mahu mengikuti perkembangan dan memanupulasikan perkembangan kemajuan itu untuk bangsanya.Kenapa kita menjumutkan banyak perkara hanya kerana bahasa dan keturunan?Bahasa dan keturunan akan ada kesinambungannya hanya jika kita mampu mengangkatnya dipandang tinggi oleh orang lain.Bahasa inggeris diterima satu dunia kerana orang inggeris itu sendiri mampu membuat dunia memandang tinggi negara mereka.cuba kalau bahasa dari negara afrika iaitu satu benua yang satu dunia tahu kemundurannya.walau seindah mana pun bahasanya tak kan guna pakai oleh dunia.Jadi ,yang paling penting adalah kita menguasai ilmu itu dulu kemudian baru lah bahasa kita akan menjadi bahasa ilmu juga.akan terkenal satu dunia ,orang akan berpusu-pusu belajar bahasa melayu kerana ingin mempelajari ilmu-ilmu yang tercatat dalam bahasa melayu.Bijak pandai kita ni sebenarnya keliru antara yang mana akan mengikuti yang mana.Mereka terkeliru memperjuangkan sesuatu yang dibelakang sedangkan yang dibelakang tetap akan mengikuti yang di hadapan walau macam mana pun kita laku kan.
kerajaan tak bercadang pun nak hapuskan bahasa melayu kerana kerajaan pun dipimpin oleh orang melayu.tak tau lah kalau malaysia satu hari nanti dipimpin oleh bangsa lain.kan orang melayu suka bersatu?????????kan orang melayu bijak bijak ???????????kan orang melayu semua duduk dibawah satu parti??????????jadi tak heran lah kita akan memerintah malaysia selamanya.

Tuesday, January 13, 2009

Antara Keliru dan terkeliru

Aku hari ni sibuk sekali kerana tugasan yang diberi oleh HQ.Aku kejar ke Sekolah jenis kebangsaan cina,aku gi sekolah tamil,tutup lak ,tak tau aku hari ni hari ponggal.Aku gi pulak sekolah menengah jumpa guru besar kerana isu kali ini amat berat dan sukar dikomen oleh orang biasa,jadi aku jumpa guru-guru dikalangan kaum cina dan india.lepas tu aku singgah kat member aku di balai bomba kat tempat aku.saja je aku nak tanya pendapat dia lak pasal isu yang aku baru dapat.Rupanya aku tersangkut agak lama ngan dia kerana kami bertukar-tukar pendapat mengenai berbagai-bagai isu.Dari isu pelajaran hingga isu tanah kat perak,isu bahasa PSSMI,isu guru KPSL yang dikata kan tak mempunyai kualiti,isu ketuanan orang melayu.Dalam berdebat dan berhujah juga saling bertukar-tukar pendapat,aku sedari satu perkara iaitu member aku ni keliru atau terkeliru.

Member aku ni,aku kenal dari bujang lagi dan sekarang kami dua-dua dah berumah tangga.Anak pun sama jumlah ngan aku cuma tak sama jumlah lelaki-perempuan nya.Member aku ni agak pro pembangkang walaupun dia kerja kerajaan tapi itu tak pa ,jangan sampai tak buat kerja sudah.Mula-mula kami sentuh mengenai isu pelajaran iaitu sekolah satu sistem.aku pun beri hujah-hujah aku kenapa aku setuju dengan cadangan itu dan betapa aku agak terkilan kerana orang melayu sendiri menolak saranan yang akan menyatu padukan rakyat di malaysia,kalau kaum cina dan kaum india tu aku faham la, dan nampaknya dia seakan bersetuju ngan aku bab ni.Kemudian kami masuk lak isu pemberian tanah di perak.Dia kata dia setuju ngan pemberian tanah kepada orang cina di perak,lantas aku bertanya"ia lah kalau nak bagi pun kenapa sampai 999 tahun?apa alasan nya mereka nak beri tanah pada mereka-mereka ini sedangkan kita kebanyakan orang melayu pun dapat hak pemilikan hanya 99 tahun?tang tu dia tak de jawapan dan dia kalih lak persoalan ke isu PPSMI.

Dia kata PPSMI akan melenyapkan bahasa melayu seperti lenyapnya tulisan jawi sedangkan pendapat aku tak begitu kerana selepas tulisan rumi diwartakan sebagai tulisan melayu mengantikan tulisan jawi maka tulisan jawi terus dilupakan ,tak diajar dalam apa-apa mata pelajaran pun,bahkan peluang untuk mempelajari tulisan jawi iaitu tulisan warisan kita pun ditutup.sebab itu tulisan jawi itu lenyap sehingga hanya sebilangan saja daripada kita dapat membaca tulisan jawi.Perkara sebegitu tak berlaku kepada bahasa melayu.kita tak dilarang bertutur bahasa ibunda kita.mata pelajaran lain masih diajar dalam bahasa melayu.Dia kata ramai profesor bahasa tak setuju dengan PPSMI,aku kata lak,macam mana dia nak setuju sebab subjek yang dia ajar dikurang perkasakan oleh kerajaan.Dia kata tengok contoh negara luar tak perlu pun mewujudkan pembelajaran dalam bahasa english tapi mereka berjaya maju seperti bahasa jepun,bahkan kita lak kena belajar bahasa mereka untuk mempelajari teknologi mereka.aku jawap lak"kau jangan lupakan fakta atau kau sengaja melupakan fakta dan sejarah".dia tanya kenapa aku cakap begitu?.aku jawap"orang jepun selepas peristiwa pengeboman hiroshima dan nagasaki'mereka tau yang teknologi mereka sudah ketinggalan dan maharaja mereka pada masa itu telah mempergiatkan menghantar para bijak pandai mereka untuk belajar ke luar negara iaitu negara mat salleh lah.kau rasa mat salleh tu yang belajar bahasa jepun atau orang jepun tu yang belajar bahasa mat salleh untuk menimba ilmu?"soal aku.aku sambung lagi"orang jepun mempunyai semangat cinta kan negara dan bangga dengan bangsa nya sebab itu lah apabila di seru oleh kerajaan mereka agar pulang mencurah bakti,ilmu dan kepandaian yang mereka dapat di negara luar,berduyun-duyun yang balik.Dengan di bantu oleh kerajaan jepun pada masa itu baik dari segi keuwangan atau kemudahan,mereka-mereka ini lah yang menjadikan jepun seperti yang kita lihat hari ini.bangga dengan barangan mereka,bangga dengan bahasa mereka.untuk menjadi seperti mereka,bijak pandai kita seharusnya memiliki jati diri.translate kan bahasa ilmu mat salleh ke bahasa melayu.aku rasa semua bidang orang kita dah ada yang menguasai tapi tak ada yang berminat nak melayukan ilmu tu.jadi kerajaan terpaksa mengambil jalan agerisif(keras)dengan mewujudkan PPSMI agar jangan anak melayu kita ketinggalan dalam beberapa bidang yang penting seperti Jurutera,peguam,Doktor yang sileves(dimelayukan)nya dalam bahasa mat salleh je.Aku rasa aku sambung dalam masa dan kesempatan yang lain kerana waktu nak balik aku dah hampir tiba.bye-bye

Sunday, January 4, 2009

Melihat tanpa mata,Merintih tanpa hati

Dah agak lama jugak aku menyepi tanpa sebarang cerita yang ingin aku utarakan dan paparkan pada umum.Bukan apa,aku agak sibuk akhir-akhir ni.Maklumlah hujung tahun.Apa-apa pun aku ucapkan Selamat Tahun baru kepada yang mengenali diri aku ni.Semoga tahun yang mendatang akan membawa seribu sinar kepada kawan-kawan semua.Aku agak teruja untuk menulis kali ini kerana topik yang aku bawa agak berat sikit dan hampir satu dunia memperkatakan nya.Isu PALESTIN.Sejarah memamparkan penderitaan umat Muhamad ini yang berlanjutan sudah terlalu lama.Dari perasaan takut akan kematian sudah bertukar menjadi berani mati.Dari perasaan berani mati sudah bertukar menjadi lali mati.Aku katakan lali mati kerana mereka dah tak kisah lagi dah kerana tahu mungkin esok atau lusa kematian akan menjemput mereka.Hari ini mereka lihat kawan dan sahabat mati,esok mungkin giliran kawan dan sahabat melihat dia mati.


Kematian bukan sesuatu yang menakutkan bagi mereka lagi.Mungkin yang paling penting bagi mereka ialah meneruskan kehidupan sekadar kemampuan?????melawan?mereka tak punya senjata yang mencukupi.Bekalan senjata pun dipelopori oleh musuh mereka.Menangis?Merayu?mereka dah tak punya air mata dan suara lagi untuk itu semua kerana dah terlalu lama menderita.Apalah guna menangis dan merayu sedang kan umat yang seagama hanya melihat
tanpa mata,merintih tanpa hati. Kenapa aku kata kan gitu? kerana tak nampak kat aku apa yang di lakukan oleh umat yang mengaku beragama Islam yang sumul ini.Jangankan nak berkorban nyawa!nak minta mereka bersatu hati pun payah.Bersatu hati dalam memboikot barangan dan filaem keluaran Israel dan Amerika.Biar mereka rasa kepayahan sebagaimana dirasai oleh orang Palestin.Walau pun mungkin tak melibat kan hingga kehilangan nyawa tapi aku tau yang mereka ini hilang duit lagi teruk dari hilang nyawa.Kalau tak masa kan mereka sanggup buat senjata-senjata yang mungkin akan digunakan untuk menghancurkan mereka sendiri?Mereka mencipta makanan-makanan dan permainan yang merosakkan tubuh dan minda sesiapa yang menggunakannya.Kenapa ini semua mereka lakukan?Tak lain kerana mereka anggap wang adalah lebih penting dari nyawa.Jadi mari kita boikot barangan buatan mereka agar mereka tahu apa itu kesusahan dan kesempitan hidup