Monday, February 23, 2009

ketakutan dalam keinginan


Malam tadi aku merenung ke luar jendela melihat keindahan ciptaan tuhan yang tergantung diudara tak bertongkat dan bertali.Indah....memang indah walau pun hakikat sebenarnya bulan yang aku lihat dalam television tak seindah mana pun.Kedamai dan ketenangan menusuk ke jiwa.Aku menarik nafas sedalam-dalamnya seolah-olah tak ingin ku lepaskan lagi udara yang menyamankan diri ku ini.
Adakah ini kata nya kepuasan?lalu apa yang membuat aku rasa puas?Rasanya dalam menjalani hidup telah berbagai dugaan dan cabaran jua rintangan yang aku tempohi.Aku naik masak dan faham dengan perangai manusia.Manusia hipokrit,salah satu dari golongan yang tidak aku sukai dan sukar aku nak tafsirkan kerana kepura-puraan adalah mainannya cuma kita boleh kenali golongan ini dari sikap dan tingkah laku yang mereka tunjukkan.
Ketakutan adalah mainan dalam hati ku.Aku sering diburu ketakutan.Takut malu,takut mati,takut ditertawakan,takut tak berjaya,takut dikecewakan dan berbagai-bagai lagi ketakutan yang menghantui hati ini.Namun dalam ketakutan itu wujud satu perasaan yang ingin melawan iaitu.......keinginan...
Aku ingin berjaya apabila melihat orang berjaya,aku ingin bercinta bila melihat sepasang insan berkasih-kasihan,Aku ingin.......ah..rupanya unik sungguh ciptaan tuhan kerana untuk meneruskan alam ciptaanNya ditumbuhkan keinginan walau dalam ketakutan

Monday, February 16, 2009

kematian mengikuti setiap kehidupan.











Hari ini bermula lah episod perkahwinan dalam dairy hidup sepasang kekasih dua sejoli yang selamat di ijab kabulkan pada 14.2.2009.Sepasang selebriti yang tidak asing lagi di tanah air kita ini.Mungkin juga ditempat-tempat lain di Malaysia ini berlangsung juga perkahwinan tanda telah terikatnya kasih yang telah disemai sekian lama yang selama ini menunggu kedatangan saat bahagia.Setiap perkahwinan akan pasti melahirkan kehidupan.Kehidupan yang akan mewarnai perjalanan hidup kita diatas muka bumi Allah yang indah ini.





Begitu juga disudut lain dimuka bumi Allah ini,berakhirnya sebuah kehidupan seorang ayah selebriti yang juga tidak asing lagi di dunia seni tanah air kita.Beliau telah menghembuskan nafasnya pada 15.2.2009.Kematian akibat komplikasi jantung,begitulah menurut doktor tetapi apa yang pasti ialah disetiap kematian akan ada kehidupan,dan disetiap kehidupan akan ada kematian.Itulah lumrah(sunnah) yang akan berjalan dimuka bumi ini sehingga berakhirnya umur dunia,terbitnya matahati dari barat (kiamat)
Tahniah buat yang berkahwin dan Takziah buat yang kehilangan

Thursday, February 12, 2009

Pidato "senangkan lah hati mu "








Kalau engkau kaya,senangkan hati mu!Kerana dihadapan mu terbentang kesempatan untuk mengerjakan segala yang sulit-sulit,Segala perbuatan mu dihargai orang,engkau beroleh pujian dimana-mana.Engkau menjadi mulia,tegak mu teguh.Dihadapan mu terdampar permaidani kepujian,sebab itu engkau beroleh kebebasan dan kemerdekaan.Jika kau fakir miskin,senangkan pula hati mu!kerana kau terlepas dari satu penyakit jiwa,Penyakit kesombongan yang selalu menimpa orang kaya.Senangkanlah hati mu kerana tak ada orang yang akan hasad dan dengki kepada engkau lagi,lantaran kemiskinan mu.Kefakiran dan kemiskinan adalah nikmat,yang tidak ada jalan bagi orang lain buat kecil hati,dan tidak ada pintu bagi kebencian.


Kalau engkau dermawan,senangkanlah hatimu!Kerana dengan kedermawan engkau itu dapat mengisi tangan-tangan yang kosong,telah dapat menutup tubuh-tubuh yang hampir telanjang,engkau tegak kan orang yang hampir roboh.Dengan sebab itu kau telah mengikuti kata hati mu dan engkau beroleh bahagia.Berpuluh malah beratus mahluk tuhan yang akan menghantarkan pujian kepada Tuhan lantaran pertolongan mu.Kesenangan hati mu tadi yang cuma satu kini berlipat ganda,sebab telah banyak orang lain yang telah mengecap nikmatnya.Kalau engkau tak kuasa untuk menjadi dermawan,itu pun senangkanlah hatimu!sebab engkau tidak akan bertemu satu penyakit yang sering menular dalam masyarakat manusia,iaitu tidak membalas jasa.Mereka ambil kebaikkan budi dan kedermawan mu itu jadi senjata untuk menjatuhkan tuduhan-tuduhan yang rendah,hina.Saat yang demikian tentu akan datang kepada setiap orang yang dermawan,yang menyebabkan mereka hilang kepercayaan kepada setiap manusia,disangka manusia adalah jenis yang tidak pandai mengenang budi, Pada hal langkah belum sampai lagi ke puncak kebahagian
dan beroleh keampunan dari Tuhan.


Kalau engkau masih muda remaja senangkanlah hati mu!kerana pohon pengharapan mu masih subur,dahan-dahannya masih rendang dan rimbun.Tujuan kenang-kenangan masih jauh.sebab umur mu masih muda,mudahlah bagi mu menjadikan mimpi satu kenyataan yang sebenarnya.Kalau engkau telah tua,senangkanlah hati mu jua!kerana engkau telah terlepas dari medan pertempuran dan perjuangan yang sengit,dan engkau telah beroleh beberapa ilmu yangberguna dari sekolah hidup.Engkau telah tahu firasat,mengerti gerak geri manusia dan tahu kemana tujuan jalan yang ditempuhnya.Oleh sebab itu,segala perkerjaan yang engkau kerjakan itu kalau engkau suka akan membawa banyak fedah dan lebih tersingkirdari bahaya.satu detik daripada umur mu dimasa tua,lebih mahal harganya daripada bertahun-tahun zaman muda,sebabnya semua telah engkau lalui dengan pandangan yang terang dan pengalaman yang pahit.


Kalau badan mu sihat,senangkanlah hatimu!tandanya telah ternyata pada mu kekayaaan tuhan dan kemuliaan nikmatNya,lantaran tubuh yang sihat,mudahlah engkau mendaki bukit kesusahan dan menempuh padang kesulitan.Kalau engkau sakit,senangkanlah hati mu!kerana ternyata bahawa diri mu adalah medan tempat perjuangan diantara dua alam ciptaan tuhan iaitu kesihatan dan kesakitan>Kemenangan akan terjadi kepada salah satu yang kuat,Kesembuhan mesti akan datang sesudah perjuangan itu,baik kesembuhan dunia,ataupun kesembuhan sejati(kematian).


Monday, February 9, 2009

sambungan bahagia dari sudut pandangan imam ghazali



kata al imam Ghazali lagi:"Kesempurnaan bahagia itu bergantung kepada tiga kekuatan"

a.Kekuatan marah

b.Kekuatan syahwat

c.Kekuatan Ilmu

maka adalah sangat perlunya manusia berjalan ditenga-tengah diantara tiga kekuatan ini.Jangan berlebih-lebihan menurutkan kekuatan marah,yang menyebabkan mempermudahkan yang sukar dan membawanya kepada kebinasaan.jangan pula berlebih-lebihan menuruti kekuatan syahwat sehingga menjadi seorang yang humuq(bodoh),yang membawa kerosakan pula.Maka jika kekuatan marah dan syahwat itu ditimbang baik-baik diletakkan ditengah-tengah,luruslah perjalanannya menuju petunjuk tuhanKekuatan marah jika berlebihan dari yang mestinya,kejadian memukul dan membunuh berluas-luasa tapi kalau kurang dari yang mestinya,hilanglah rasa cemburu(ghairah)dan hilanglah pula perasaan tanggungjawap atas agama dan keperluan hidup atas dunia.Jika diletakkan ditengah-tengah maka timbullah kesabaran,keberanian dalam perkara yang memerlukan keberanian,dan segala perkerjaan dapat dikerjakan menurut nikmat.

Demikian juga dengan kekuatan syahwat,kalau syahwat bwrtambah-tambah dari yang perlu maka terjadilah fasiq(melanggar perintah tuhan),onar(huru hara).Tapi kalau syahwat kurang maka terjadilah kelemahan hati,pemalas.kalau syahwat berjalan ditengah-tengah ,timbullah 'iffah ertinya dapat memerintah diri sendiri dan qanaah,yakni cukup dengan apa yang ada serta tidak berhenti berusaha.

"Dalam batin kamu ada terkumpul beberapa sifat yang ganjil,sifat kebinatangan,sifat keganasan,sifat syaitan dan sifat malaikat.Diri mu yang sejati ialah nyawa mu,roh mu.hendaklah kau tahu bahawa sifat-sifat tersebut bukan kejadian mu yang asli dari jiwa mu.Dia hanya sifat-sifat yang menadatang kemudian.sebab itu hendaklah engkau perhatikan baik-baik apakah makanan yang disukai oleh sifat-sifat tersebut untuk mencapai bahagia.

Kebahagian sifat kebinatangan ialah makan dan minum tidur dan sebagainya.Kalau engkau dimasuki oleh sifat ini lebih dari sepatutnya,tentu engkau hanya bersungguh-sungguh memikirkan makan dan minum sahaja.Kesenangan dan kebahagian sifat ganas ialah memukul dan merosak.Kebahagian dan kesenangan syaitan ialah memperdayakan kamu dan menjerumus kamu serta menghela.kalau sifat syaitan itu ada pada kamu,kamu akan memperdaya orang,menjerumuskan orang kepada kesesatan,menghelah-helah,memutar duduk perkara,sebab dengan demikianlah tercapai kebahagian dan kesenangan syaitan.

Ada pun kesenangan dan kebahagian sifat malaikat adalah menyaksikan keindahan hadrat rubbiyah.keindahan hikmat illahiyah.Marah dan syahwat tak terpengaruh atas orang -orang yang begini.Kalau kau mempunyai sifat malaikat ini maka hendaklah kau bersungguh mengkaji asal kejadian mu sehingga akhirnya kau tahu jalan manakah yang perlu kau tempuh untuk mencri hadrat rubbiyah itu,sampai akhirnya kau beroleh kebahagian yang mulia dan tinggi,iaitu musyahadah,menyaksikan ketinggian dan keindahan yang maha esa tuhan mu,terlepas kamu dari sifat marah dan syahwat.Disana kamu aka tahu bahawa dijadikan sifat marah dan syahwat bukanlah untuk kamu terjerumus dan tertawan tetapi agar kamu menawannya.Dapatlah keduanya kamu pergunakan jadi perkakas untuk mencapai jalan makrifat itu tadi.yang satu engkau jadikan kenderaan,yang lain kamu jadikan senjata,sehingga mudah lah mencapai keberuntungan,bahagia dan kesenangan

kalau kau lihat salah satu kerajaan hati itu melanggar undang-undang hidup,iaitu salah satu dari syahwat atau marah.Hendaklah kau lawan dengan sepenuh tenaga.kalau dia kalah sekali-kali jangan kau bunuh kerana kerajaan hati tidak akan lengkap dan sentosa jika keduanya tiada.Kalau kau jalankan yang sedemikian ,tentu akan beroleh bahagia.Dapat engkau memegang dan mempergunakan nikmat Allah menurut yang semestinya danmendapat kemuliaan dariNya tetapi jika kau langgar maka tentu kau akan beroleh siksaNya yang akan membuat kau menyesal

Bahagia dari sudut pandangan Al Imam Al Ghazali


Berkata al ghazali,orang tua dan kiblat segala tabib jiwa ."Bahagia dan kelazatan sejati,ialah bilamana dapat mengingati Allah"Beliau berkata seterusnya:"Ketahuilah bahagia tiap-tiap sesuatu ialah kita rasai nikmat kesenangan dan kelazatan,dan kelazatan itu adalah mengikut tabiat kejadian masing-masing.Maka kelazatan mata ialah melihat sesuatu yang indah,kenikmata telinga mendengar sesuatu yang merdu,demikian juga segala anggota yang lain di tubuh badan manusia.Adapun kelazatan hati ialah teguh makrifat kepada Allah kerana hati itu dijadikan buat mengingati Allah.Tiap-tiap sesuatu yang dahulunya tidak dikenali manusia,alang kah gembiranya jika dapat dikenalinya.Seprti seorang yang baru pandai bermain catur,dia tak henti-henti main,meskipun telah dilarang berkali-kali,tidak sabar hatinya jika tak bertemu papan dan buah catur.Demikian juga hati,yang dulu tidak makrifat kepada tuhannya,kemudian mendapat nikmat mengenalNya,sangatlah gembiranya dan tidak sabar dia menunggu masa akan bertemu dengan tuhannya itu,kerana kelazatan mata memandang yang indah tadi.tiap bertambah besar makrifat,bertambah lah juga kelazatan itu.
Seorang rakyat akan sangat gembira kalau dia dapat berkenalan dengan perdana menteri,dan berlipat kali kegembiraannya jika dapat berkenalan dengan raja atau sultan,tentu saja berkenalan dengan Allah adalah puncak segala kegembiraan lebih dari yang diperkira manusia,sebab tiada yang maujud ini lebih dari kemuliaan Allah.Bukan kah segala kemuliaan alam ini hanya sebahagian dari anugerah Allah?Bukan kah segala yang ganjil itu hanya sebahagian dari keganjilan Allah?Oleh itu tidak ada satu makrifat yang lebih lazat dari makrifatullah.Tidak ada satu pandangan yang lebih indah daripada pandangan Allah,sebab segala kelazatan dan kegembiraan,kesenangan dan sukacita yang ada diatas duniaini,semuanya hanya tertakluk kepada pertimbangan nafsu,dan semua akan berhenti perjalanannya apabila sampai ke satu batas iaitu kematian.Tetapi kelazatan makrifatullah itu tak tertakluk kepada nafsu,ia tertakluk pada hati.maka perasaan hati tidak berhenti selepas kematian.Hati nurani itu tidak akan rosak lantaran perpindahan hidup dari fana kepada baqa.Maka apabila tubuh kasar ini mati,bertambah bersih lah makrifat itu,kerana tidak ada penganggu lagi,sebab kekuasaan iblis,hawa dan nafsu tidak sampai ke sana.Hati nurani ini telah keluar dari tempat yang gelap gelita menuju ke tempat yang terang benderang,dari alam yang sempit ke daerah yang amat luas.
akan kita sambung lagi dikesempatan yang lain kerana agak panjang pandangan al imam al ghazali tentang erti bahagia

Thursday, February 5, 2009

Bahagia/////





Tiga orang bersahabat berjalan di sebuah kota yang ramai,di mana berdiri rumah yang indah-indah.tempat tinggal orang yang kaya-kaya,bos-bos dan orang yang bergaji besar.ketika itu hari telah petang,matahari telah condong ke barat,cahaya mentari merah dari barat bergelut dengan cahaya lampu dijalanan yang mulai menerangi jalan raya.Di antara pergelutan siang dan malam itu ,beberapa orang sedang duduk di perkarangan rumahnya bersama anak dan isterinya,sambil membaca suratkhabar.Beristirehat sambil dihidang dengan secangkir tea oleh sang isteri yang sedang menyulam menemani suaminya.Anak-anak bemain berkejar-kejaran di halaman rumah di atas hamparan rumput yang menghijau.

Alangkah bahagianya orang yang tinggal di sini,kata salah seorang dari tiga orang sahabat itu.Lihatlah keindahan rumahnya dengan landskap yang begitu indah disertai perabot rumah yang mewah yang memenuhi keinginan hatinya.Garajnya yang dilengkapi kereta yang mewah,tentu keluaran atau model yang terbaru,gajinya tentu mencukupi untuk belanja dari bulan ke sebulan atau mungkin lebih dari mencukupi.

Seorang lagi rakannya yang mendengar ucapan kawannya itu menjawap:Ah,jangan engkau terpedaya dengan kulit luaran,kerana dunia ini hanya lakonan.Boleh jadi disebalik keindahan perkakas,disebalik senyuman dan tawa itu tersembunyi beberapa kepahitan yang mereka tanggungi,yang tidak diketahui oleh orang lain.Ramai yang tertawa sedangkan hatinya luka parah.Ramai yang tertipu melihat cahaya mentari diwaktu panas di tanah lapang disangkakan air,setelah sampai kesana rupanya hanya pasir belaka.Banyak sekali,keadaan yang rahmat dipandang lahir,tetapi pada batinnya laknat.

Kalau begitu apakah ertinya bahagia?dimanakah batasnya?

Seorang mengatakan kebahagian itu hanya didapati oleh orang yang mempunyai wang yang banyak dan cukup.Kerana dengan kekayaan,segala yang dimaksud tentu tercapai.Orang kaya dimana dia tinggal,perkataan dan cakapnya didengar,salah-salah sedikit tentu dimaafkan orang saja.Wang adalah laksana manisannya.Sengsara ialah pada kemiskinan,meskipun benar yang kita ucapkan dari bibir,kebenaran tidak akan tegak kerana tak bertulang punggung,tulang punggung nya adalah harta.didalam satu majlis yang selalu duduk didepan adalah orang kaya dan di hujung sudut belakang adalah orang miskin.Yang lain mengatakan kebahagian itu adalah pada kemuliaan,nama yang mahsyur dan menjadi sebutan orang,dipuji ketepi dan ke tengah.itulah bahagia katanya,kerana baginya harta tidak dibawa mati tapi nama yang baik kekal diingatan orang.

Seorang tadi mengatakan bahagia itu lantaran banyaknya harta.Tahukah kenapa dia berkata begitu?Rupanya perkataan itu keluar lantaran dia putus asa,mungkin langkahnya selalu terbantut sebab miskin,banyak kali maksudnya tak kesampaian kerana fakir.Lalu diputuskan bahawa kebahagian terletak pada kekayaan,lain tidak.Barang kali pernah buah fikirannya tak diterima orang pada hal benar,tetapi kerana dia tak punya wang,harta lalu diabaikan orang.ucapan bahagia itu adalah dari hatinya yang kecewa.

Seorang lagi dilihatnya ada beberapa pemimpin dan pejuang sesuatu bangsa,seperti Hitler dan Mussolini,dihormati oleh rakyat Jerman dan Italy setinggi langit.Ramai yang menyangka kedua-dua diktaktor itu bahagia.Lalu dia mengatakan kebahagiaan itu adalah pada nama.Sebenarnya setiap orang mempunyai kaedah (ungkapan dan anggapan)tentang bahagia,sebanyak mana penderitaan,sebanyak mana pengalaman,sebanyak mana kekecewaan.

#Orang fakir mengatakan bahagia itu pada kekayaan.

#orang sakit mengatakan bahagia itu pada kesihatan

#orang yang terjerumus kelembah dosa mengatakan bahawa berhenti dari dosa itu adalah kebahagian.

#Seseorang yang tengah rindu dan bercinta mengatakan bertemu kekasih itu adalah kebahagiaan.

#Seorang pemimpin rakyat berpendapat,bahawa kemerdekaan dan kemajuan bangsanya yang dipimpin,itulah bahagia.

#Seorang penyair merasa bahagia apabila syairnya menjadi hafalan dan sanjungan orang.

Kita akan semakin binggung memikirkan hal ini.Dimanakah terletaknya kebahagian itu?