Monday, February 9, 2009

Bahagia dari sudut pandangan Al Imam Al Ghazali


Berkata al ghazali,orang tua dan kiblat segala tabib jiwa ."Bahagia dan kelazatan sejati,ialah bilamana dapat mengingati Allah"Beliau berkata seterusnya:"Ketahuilah bahagia tiap-tiap sesuatu ialah kita rasai nikmat kesenangan dan kelazatan,dan kelazatan itu adalah mengikut tabiat kejadian masing-masing.Maka kelazatan mata ialah melihat sesuatu yang indah,kenikmata telinga mendengar sesuatu yang merdu,demikian juga segala anggota yang lain di tubuh badan manusia.Adapun kelazatan hati ialah teguh makrifat kepada Allah kerana hati itu dijadikan buat mengingati Allah.Tiap-tiap sesuatu yang dahulunya tidak dikenali manusia,alang kah gembiranya jika dapat dikenalinya.Seprti seorang yang baru pandai bermain catur,dia tak henti-henti main,meskipun telah dilarang berkali-kali,tidak sabar hatinya jika tak bertemu papan dan buah catur.Demikian juga hati,yang dulu tidak makrifat kepada tuhannya,kemudian mendapat nikmat mengenalNya,sangatlah gembiranya dan tidak sabar dia menunggu masa akan bertemu dengan tuhannya itu,kerana kelazatan mata memandang yang indah tadi.tiap bertambah besar makrifat,bertambah lah juga kelazatan itu.
Seorang rakyat akan sangat gembira kalau dia dapat berkenalan dengan perdana menteri,dan berlipat kali kegembiraannya jika dapat berkenalan dengan raja atau sultan,tentu saja berkenalan dengan Allah adalah puncak segala kegembiraan lebih dari yang diperkira manusia,sebab tiada yang maujud ini lebih dari kemuliaan Allah.Bukan kah segala kemuliaan alam ini hanya sebahagian dari anugerah Allah?Bukan kah segala yang ganjil itu hanya sebahagian dari keganjilan Allah?Oleh itu tidak ada satu makrifat yang lebih lazat dari makrifatullah.Tidak ada satu pandangan yang lebih indah daripada pandangan Allah,sebab segala kelazatan dan kegembiraan,kesenangan dan sukacita yang ada diatas duniaini,semuanya hanya tertakluk kepada pertimbangan nafsu,dan semua akan berhenti perjalanannya apabila sampai ke satu batas iaitu kematian.Tetapi kelazatan makrifatullah itu tak tertakluk kepada nafsu,ia tertakluk pada hati.maka perasaan hati tidak berhenti selepas kematian.Hati nurani itu tidak akan rosak lantaran perpindahan hidup dari fana kepada baqa.Maka apabila tubuh kasar ini mati,bertambah bersih lah makrifat itu,kerana tidak ada penganggu lagi,sebab kekuasaan iblis,hawa dan nafsu tidak sampai ke sana.Hati nurani ini telah keluar dari tempat yang gelap gelita menuju ke tempat yang terang benderang,dari alam yang sempit ke daerah yang amat luas.
akan kita sambung lagi dikesempatan yang lain kerana agak panjang pandangan al imam al ghazali tentang erti bahagia

No comments: