Thursday, February 5, 2009

Bahagia/////





Tiga orang bersahabat berjalan di sebuah kota yang ramai,di mana berdiri rumah yang indah-indah.tempat tinggal orang yang kaya-kaya,bos-bos dan orang yang bergaji besar.ketika itu hari telah petang,matahari telah condong ke barat,cahaya mentari merah dari barat bergelut dengan cahaya lampu dijalanan yang mulai menerangi jalan raya.Di antara pergelutan siang dan malam itu ,beberapa orang sedang duduk di perkarangan rumahnya bersama anak dan isterinya,sambil membaca suratkhabar.Beristirehat sambil dihidang dengan secangkir tea oleh sang isteri yang sedang menyulam menemani suaminya.Anak-anak bemain berkejar-kejaran di halaman rumah di atas hamparan rumput yang menghijau.

Alangkah bahagianya orang yang tinggal di sini,kata salah seorang dari tiga orang sahabat itu.Lihatlah keindahan rumahnya dengan landskap yang begitu indah disertai perabot rumah yang mewah yang memenuhi keinginan hatinya.Garajnya yang dilengkapi kereta yang mewah,tentu keluaran atau model yang terbaru,gajinya tentu mencukupi untuk belanja dari bulan ke sebulan atau mungkin lebih dari mencukupi.

Seorang lagi rakannya yang mendengar ucapan kawannya itu menjawap:Ah,jangan engkau terpedaya dengan kulit luaran,kerana dunia ini hanya lakonan.Boleh jadi disebalik keindahan perkakas,disebalik senyuman dan tawa itu tersembunyi beberapa kepahitan yang mereka tanggungi,yang tidak diketahui oleh orang lain.Ramai yang tertawa sedangkan hatinya luka parah.Ramai yang tertipu melihat cahaya mentari diwaktu panas di tanah lapang disangkakan air,setelah sampai kesana rupanya hanya pasir belaka.Banyak sekali,keadaan yang rahmat dipandang lahir,tetapi pada batinnya laknat.

Kalau begitu apakah ertinya bahagia?dimanakah batasnya?

Seorang mengatakan kebahagian itu hanya didapati oleh orang yang mempunyai wang yang banyak dan cukup.Kerana dengan kekayaan,segala yang dimaksud tentu tercapai.Orang kaya dimana dia tinggal,perkataan dan cakapnya didengar,salah-salah sedikit tentu dimaafkan orang saja.Wang adalah laksana manisannya.Sengsara ialah pada kemiskinan,meskipun benar yang kita ucapkan dari bibir,kebenaran tidak akan tegak kerana tak bertulang punggung,tulang punggung nya adalah harta.didalam satu majlis yang selalu duduk didepan adalah orang kaya dan di hujung sudut belakang adalah orang miskin.Yang lain mengatakan kebahagian itu adalah pada kemuliaan,nama yang mahsyur dan menjadi sebutan orang,dipuji ketepi dan ke tengah.itulah bahagia katanya,kerana baginya harta tidak dibawa mati tapi nama yang baik kekal diingatan orang.

Seorang tadi mengatakan bahagia itu lantaran banyaknya harta.Tahukah kenapa dia berkata begitu?Rupanya perkataan itu keluar lantaran dia putus asa,mungkin langkahnya selalu terbantut sebab miskin,banyak kali maksudnya tak kesampaian kerana fakir.Lalu diputuskan bahawa kebahagian terletak pada kekayaan,lain tidak.Barang kali pernah buah fikirannya tak diterima orang pada hal benar,tetapi kerana dia tak punya wang,harta lalu diabaikan orang.ucapan bahagia itu adalah dari hatinya yang kecewa.

Seorang lagi dilihatnya ada beberapa pemimpin dan pejuang sesuatu bangsa,seperti Hitler dan Mussolini,dihormati oleh rakyat Jerman dan Italy setinggi langit.Ramai yang menyangka kedua-dua diktaktor itu bahagia.Lalu dia mengatakan kebahagiaan itu adalah pada nama.Sebenarnya setiap orang mempunyai kaedah (ungkapan dan anggapan)tentang bahagia,sebanyak mana penderitaan,sebanyak mana pengalaman,sebanyak mana kekecewaan.

#Orang fakir mengatakan bahagia itu pada kekayaan.

#orang sakit mengatakan bahagia itu pada kesihatan

#orang yang terjerumus kelembah dosa mengatakan bahawa berhenti dari dosa itu adalah kebahagian.

#Seseorang yang tengah rindu dan bercinta mengatakan bertemu kekasih itu adalah kebahagiaan.

#Seorang pemimpin rakyat berpendapat,bahawa kemerdekaan dan kemajuan bangsanya yang dipimpin,itulah bahagia.

#Seorang penyair merasa bahagia apabila syairnya menjadi hafalan dan sanjungan orang.

Kita akan semakin binggung memikirkan hal ini.Dimanakah terletaknya kebahagian itu?

2 comments:

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

salam

otai sokong blog kau dek

terus memblog dan membalak

jejakaterang said...

terima kasih pak otai