Monday, February 16, 2009

kematian mengikuti setiap kehidupan.











Hari ini bermula lah episod perkahwinan dalam dairy hidup sepasang kekasih dua sejoli yang selamat di ijab kabulkan pada 14.2.2009.Sepasang selebriti yang tidak asing lagi di tanah air kita ini.Mungkin juga ditempat-tempat lain di Malaysia ini berlangsung juga perkahwinan tanda telah terikatnya kasih yang telah disemai sekian lama yang selama ini menunggu kedatangan saat bahagia.Setiap perkahwinan akan pasti melahirkan kehidupan.Kehidupan yang akan mewarnai perjalanan hidup kita diatas muka bumi Allah yang indah ini.





Begitu juga disudut lain dimuka bumi Allah ini,berakhirnya sebuah kehidupan seorang ayah selebriti yang juga tidak asing lagi di dunia seni tanah air kita.Beliau telah menghembuskan nafasnya pada 15.2.2009.Kematian akibat komplikasi jantung,begitulah menurut doktor tetapi apa yang pasti ialah disetiap kematian akan ada kehidupan,dan disetiap kehidupan akan ada kematian.Itulah lumrah(sunnah) yang akan berjalan dimuka bumi ini sehingga berakhirnya umur dunia,terbitnya matahati dari barat (kiamat)
Tahniah buat yang berkahwin dan Takziah buat yang kehilangan

2 comments:

Pok Li said...

Yang Hidup Pasti akan mati. Yang bujang belum pasti kahwin :)

jejakaterang said...

tak pe pok li,kerana allah menjanjikan pasangan untuk orang-orang yang beriman disyurga nanti