Monday, February 9, 2009

sambungan bahagia dari sudut pandangan imam ghazali



kata al imam Ghazali lagi:"Kesempurnaan bahagia itu bergantung kepada tiga kekuatan"

a.Kekuatan marah

b.Kekuatan syahwat

c.Kekuatan Ilmu

maka adalah sangat perlunya manusia berjalan ditenga-tengah diantara tiga kekuatan ini.Jangan berlebih-lebihan menurutkan kekuatan marah,yang menyebabkan mempermudahkan yang sukar dan membawanya kepada kebinasaan.jangan pula berlebih-lebihan menuruti kekuatan syahwat sehingga menjadi seorang yang humuq(bodoh),yang membawa kerosakan pula.Maka jika kekuatan marah dan syahwat itu ditimbang baik-baik diletakkan ditengah-tengah,luruslah perjalanannya menuju petunjuk tuhanKekuatan marah jika berlebihan dari yang mestinya,kejadian memukul dan membunuh berluas-luasa tapi kalau kurang dari yang mestinya,hilanglah rasa cemburu(ghairah)dan hilanglah pula perasaan tanggungjawap atas agama dan keperluan hidup atas dunia.Jika diletakkan ditengah-tengah maka timbullah kesabaran,keberanian dalam perkara yang memerlukan keberanian,dan segala perkerjaan dapat dikerjakan menurut nikmat.

Demikian juga dengan kekuatan syahwat,kalau syahwat bwrtambah-tambah dari yang perlu maka terjadilah fasiq(melanggar perintah tuhan),onar(huru hara).Tapi kalau syahwat kurang maka terjadilah kelemahan hati,pemalas.kalau syahwat berjalan ditengah-tengah ,timbullah 'iffah ertinya dapat memerintah diri sendiri dan qanaah,yakni cukup dengan apa yang ada serta tidak berhenti berusaha.

"Dalam batin kamu ada terkumpul beberapa sifat yang ganjil,sifat kebinatangan,sifat keganasan,sifat syaitan dan sifat malaikat.Diri mu yang sejati ialah nyawa mu,roh mu.hendaklah kau tahu bahawa sifat-sifat tersebut bukan kejadian mu yang asli dari jiwa mu.Dia hanya sifat-sifat yang menadatang kemudian.sebab itu hendaklah engkau perhatikan baik-baik apakah makanan yang disukai oleh sifat-sifat tersebut untuk mencapai bahagia.

Kebahagian sifat kebinatangan ialah makan dan minum tidur dan sebagainya.Kalau engkau dimasuki oleh sifat ini lebih dari sepatutnya,tentu engkau hanya bersungguh-sungguh memikirkan makan dan minum sahaja.Kesenangan dan kebahagian sifat ganas ialah memukul dan merosak.Kebahagian dan kesenangan syaitan ialah memperdayakan kamu dan menjerumus kamu serta menghela.kalau sifat syaitan itu ada pada kamu,kamu akan memperdaya orang,menjerumuskan orang kepada kesesatan,menghelah-helah,memutar duduk perkara,sebab dengan demikianlah tercapai kebahagian dan kesenangan syaitan.

Ada pun kesenangan dan kebahagian sifat malaikat adalah menyaksikan keindahan hadrat rubbiyah.keindahan hikmat illahiyah.Marah dan syahwat tak terpengaruh atas orang -orang yang begini.Kalau kau mempunyai sifat malaikat ini maka hendaklah kau bersungguh mengkaji asal kejadian mu sehingga akhirnya kau tahu jalan manakah yang perlu kau tempuh untuk mencri hadrat rubbiyah itu,sampai akhirnya kau beroleh kebahagian yang mulia dan tinggi,iaitu musyahadah,menyaksikan ketinggian dan keindahan yang maha esa tuhan mu,terlepas kamu dari sifat marah dan syahwat.Disana kamu aka tahu bahawa dijadikan sifat marah dan syahwat bukanlah untuk kamu terjerumus dan tertawan tetapi agar kamu menawannya.Dapatlah keduanya kamu pergunakan jadi perkakas untuk mencapai jalan makrifat itu tadi.yang satu engkau jadikan kenderaan,yang lain kamu jadikan senjata,sehingga mudah lah mencapai keberuntungan,bahagia dan kesenangan

kalau kau lihat salah satu kerajaan hati itu melanggar undang-undang hidup,iaitu salah satu dari syahwat atau marah.Hendaklah kau lawan dengan sepenuh tenaga.kalau dia kalah sekali-kali jangan kau bunuh kerana kerajaan hati tidak akan lengkap dan sentosa jika keduanya tiada.Kalau kau jalankan yang sedemikian ,tentu akan beroleh bahagia.Dapat engkau memegang dan mempergunakan nikmat Allah menurut yang semestinya danmendapat kemuliaan dariNya tetapi jika kau langgar maka tentu kau akan beroleh siksaNya yang akan membuat kau menyesal

3 comments:

Pok Li said...

Ikut Hati Mati, Ikut Rasa Binasa. Ikut nafsu lesu. Ikut cerdik tercekik
ikutlah AlQuran dan sunnah Rasul, dijanjikan keselamatan dunia akhirat.

PAK PELANDOK said...

Agama adalah panduan syumul dan universel

Tiada jalan lain yg boleh mengawal nafsu manusia kejalan yg direzai

Serakah manusia memang tak bertepi...perlu kawalan....

jejakaterang said...

betul kata pok li dan pak pelandok,
ulama adalah orang yang berilmu bukan orang yang maksum(tak ber dosa),Semua orang islam digalakkan jadi ulama(berilmu),sebab tu kata ada kata bijak pandai,orang islam tak akan dapat dipesongkan kalau tak kerana kebodohan,