Sunday, January 31, 2010

Kelemahan,Kecelaruan dan Kesempatan

RUMAH IBADAT DIGANGGU
Aku melihat kelemahan dan ketidak sepakatan yang wujud antara kaum di Malaysia sedang dipergunakan untuk menimbulkan suasana tidak tenteram dan ketegangan yang antara lain beragenda untuk mengkucar-kacirkan negara.Aku juga melihat jika perkara ini tidak ditangani dengan bijaksana dan tegas akan mengundang "13 May" yang kedua yang mungkin lebih parah dari yang pertama.Aku katakan lebih parah kerana berbeza dari 13 may yang pertama,rakyat Malaysia kekurangan maklumat dan berita.Segalanya lambat sampai kepada
mereka untuk seluruh rakyat turut terlibat dalam rusuhan yang berlaku.Jadi kita dapat saksikan dalam 13 may yang pertama hanya tempat-tempat tertentu yang terlibat.Ini berbeza dengan sekarang,Zaman siber dan internet yang memudahkan serta mempercepatkan penyebaran berita dan maklumat.
Aku benar-benar berharap segala kecelaruan yang wujud kerana angkara pihak tertentu yang mempunyai agenda yang tersembunyi dapat difahami oleh rakyat Malaysia dan kaum Melayu khususnya,sebagai golongan mejoriti.Rusuhan akan berlaku jika orang Melayu yang merusuh.Aku kata kan begitu kerana kaum Cina tidak akan berani merusuh kerana kepentingan ekonomi yang sedang mereka nikmati sekarang,sebab itu kita lihat sejak akhir-akhir ini sebilangan dari mereka berani mempersoalkan tentang Hak-hak keistimewaan orang melayu dan kesultanan setelah bersekongkol dengan pemimpin Melayu yang 'gagal jadi PM'.Mereka tidak berani berkata dan mempersoalkan hal-hal ini ketika orang melayu bersatu dan tidak dapat sokongan dari orang melayu.Mereka terlalu bijak untuk menanggung kerugian sebegini,lalu mereka menggunakan politik untuk menimbulkan ketegangan dan pemilikan hartanah yang diluar kemampuan kaum melayu untuk menggagalkan hasrat kerajaan mencampur adukkan rakyat Malaysia agar saling memahami dan bertoleransi antara kaum.Sekarang selepas kita merdeka selama 52 tahun,Usaha kerajaan semakin terhakis atas usaha sebilangan kaum Cina yang rasis ini.
Aku berharap Kementerian Dalam Negeri mengambil sepenuh kesempatan atas segala isu yang mendapat sokongan dari rakyat.Tangkap mereka yang melanggar dan menghina perlembagaan.Jangan pilih bulu,Jerung atau ikan bilis sapu habis agar jadi pengajaran kepada yang cuba-cuba untuk terlibat.Apa yang aku lihat sekarang,Kementerian Dalam Negeri banyak buat sidang media dari bertindak.Banyak cakap tapi kurang kerja.Rakyat dah sesmakin bosan.Mereka ingin melihat hasil bukan komen.Aku berharap jangan 'nasi dah jadi bubur baru nak bertindak'.

2 comments:

ikan emas said...

Rajin-rajin la menulis...

jejakaterang said...

terima kasih ikan emas,saya memang minat menulis cuma ???