Monday, January 18, 2010

temasya @ kemalangan





Kita sebagai manusia biasa sentiasa menginginkan kehidupan seharian kita berjalan dengan lancar tanpa ada kesulitan dan kesusahan.Namun begitu kita tetap perlu akur ,akur dengan kehendak dan takdir yang telah ditentukan Illahi bahawa hidup kita sesekali akan diujinya dengan kesenangan dan kesusahan.Kesenangan yang akan mengingatkan kita akan limpah kurnia dan kasih sayang NYA yang tidak terhingga kepada kita.Kesusahan yang akan menyedarkan kita bertapa kita hanya seorang insan kerdil di muka bumi ALLAH yang luas ini,Berjalan jangan mendongak langit,Berkata jangan mendabik dada.

Kemalangan jalanraya adalah satu musibah yang boleh dikatakan berlaku dan terjadi kepada hampir semua insan yang memandu kenderaan.Tidak kisah lah kemalangan kecil atau pun besar.Memang kita dituntut untuk membantu mangsa kemalangan apabila sesuatu kemalangan berlaku tetapi fenomena yang sering berlaku sekarang adalah kemalangan sudah menjadi satu temasya tontonan bagi pemandu kenderaan yang lain sehingga menyebabkan lalulintas terganggu dan tergendala.Ini tidak sepatutnya berlaku kerana boleh menyebabkan kemalangan yang lain dan juga boleh menganggu kerja-kerja pihak-pihak yang terlibat dalam membantu mangsa kemalangan.

Sebaik-baik bantuan yang dapat kita lakukan adalah bagi yang sampai awal ke tempat atau lokasi kejadian kemalangan(saksi kejadian) laporkan kejadian ke jabatan-jabatan terlibat seperti jabatan kesihatan,polis dan jika kemalangan teruk yang perlu bantuan jabatan bomba kita telefon pihak bomba.Bagi pemandu kenderaan yang lain,memandu berhati-hati dilokasi kemalangan dan teruskan perjalanan anda.Ini lebih membantu daripada anda memberhentikan kenderaan anda dibahu jalan yang boleh membahayakan pengguna jalanraya yang lain.Walaubagaimana pun yang paling penting adalah memandulah dengan berhemah agar anda dan keluarga anda selamat tiba ke destinasi.PANDU CERMAT,JIWA SELAMAT

No comments: