Monday, February 1, 2010

Puak kanan dan rasisnya akhbar cina

ISU-ISU AKHBAR CINA
2.2.2010,Aku terbaca dalam suratkhabar Utusan Malaysia satu ruangan yang agak menarik perhatian iaitu ruangan isu-isu akhbar cina.Sebenarnya bila aku fikir baik-baik,langkah yang diambil oleh Utusan Malaysia menterjemahkan isu-isu penting dan apa yang terkandung dalam Akhbar Cina memang satu langkah yang terkehadapan,Dengan cara ini kita dapat memahami dan tahu apa yang tersirat dan terencana dalam pemikiran "Ultra Kiasu"(aku pinjam ayat Dr Ridhuan Tee Abdullah) yang cuba memperngaruhi serta telah lama mempengaruhi pemikiran kaum mereka melalui akhbar mereka.
Mereka menyerang akhbar Utusan Malaysia dengan tuduhan akhbar yang berbentuk perkauman tetapi mereka yang lebih perkauman.Hari ini mereka mempermainkan arahan yang dikeluarkan oleh kementerian pelajaran yang mengarahkan semua guru yang menulis laporan atau surat berkaitan pendidikan,disebelah tajuk perlu tulis dalam bahasa melayu(arahan untuk sekolah jenis kebangsaan cina)mereka memperlekehkan arahan itu dengan contoh yang menunjukkan kelemahan mereka sendiri dalam menguasai bahasa melayu.contoh yang mereka beri aku tukar kan kepada contoh yang aku nak beri pada mereka.Kalau belajar bahasa Inggeris -Bus stop -dalam bahasa melayu kita panggil perhentian bas.kita tak panggil 'bas berhenti'.begitu juga -Good Morning-dalam bahasa melayu selamat pagi,kita tak sebut 'baik pagi'.begitu juga bahasa cina,jika ayat itu 'bermain muzik didepan lembu' cari ayat yang menunjukkan makna yang seerti tetapi lebih bersopan dan indah didengar melainkan anda sendiri memang lemah dalam penguasaan bahasa melayu(mejoriti kaum cina diMalaysia memang lemah bahasa melayu).
Dalam kolum itu juga mereka menyuruh pegawai pelawat yang belajar bahasa mandarin,bukan mereka yang harus memperbaiki kelemaham mereka dalam penguasaan bahasa melayu.Begitu lah rendahnya martabat bahasa melayu dimata mereka.Kadang-kadang aku terfikir adakah satu langkah yang salah telah diambil oleh pemimpin terdahulu yang membenarkan bahasa dan sekolah mereka diteruskan walaupun mereka hidup di Tanah Melayu?Apa pun semua telah tergaris dalam perlembagaan yang sepatutnya dihormati dan diikuti oleh semua pihak,cuma yang aku nampak hanya kaum melayu saja yang menghormati perlembagaan itu tetapi kaum lain ??????????????????????????
Dalam kolum itu juga mereka memperkatakan mengenai perihal YB Khairy Jamaluddind dan Tun Dr Mahathir dengan tajuk'Menghala ke kanan,menghala kekiri'.Menurut tafsiran aku,bagi mereka sesiapa saja yang memperjuangkan kaum melayu adalah menghala kekanan kerana bagi mereka UMNO itu puak kanan.Tun Dr Mahathir dibidas kononnya berlebih-lebih kekanan kerana senada dengan PERKASA yang diketuai oleh YB Dato Ibrahim Ali.Berlainan pula dengan YB Khairy,mereka letakkan ditengah kerana kononnya lebih terbuka dan tidak berlebih lebihan dalam isu yang menyentuh pelbagai kaum,isu kalimah ALLAH dan isu agama.Yang aku faham pula ialah bagi mereka sesiapa yang memperjuangkan kaum melayu adalah rasis tapi jika mereka yang memperjuangkan kaum mereka tidak rasis.Agenda mereka-mereka yang ULTRA KIASU ini begitu bahaya kepada perpaduan dan keharmonian negara kita yang tercinta.Tidak kah mereka sedar jika kaum melayu bersikap ULTRA KIASU dari dulu hingga sekarang kehidupan mereka akan susah dan payah dibumi Malaysia ini.

2 comments:

akuduniaku said...

"menakutkan" hahahahha moga diambil perhatian oleh semua!

jejakaterang said...

semoga doa awak makbul