Tuesday, May 11, 2010

PDRM


Sejak akhir-akhir ini kita sering terbaca tentang masalah yang melanda PDRM terutama kes tembak adik amirul dan kes tembak di jalan rahang.Berbagai-bagai reaksi yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia dan ahli politik pun tumpang semangkuk untuk mencari populariti.Kadang-kadang aku terasa seolah-olah PDRM tiada jasa langsung pada rakyat Malaysia.Begitu teruk di asak dan dicerca dalam usaha menjaga keamanaan negara Malaysia.Kesilapan segelintir anggota di ayak dan dihebahkan seolah-olah seluruh anggota polis tidak bertanggungjawab.
Sedarlah hai seluruh rakyat Malaysia yang PDRM telah mencurahkan sebegitu banyak jasa dalam menjaga keamanaan dan kesejahteraan kita seharian.Telah aku kata kan dulu, ada usaha yang berterusan untuk memburuk-burukkan sistem kehakiman dan PDRM sehingga bila sesuatu berlaku terhadap individu-individu tertentu,rakyat tidak akan mempercayainya.Kita lihat hasil usaha mereka.Kejayaan yang mereka tanam dalam jiwa rakyat Malaysia agar membenci PDRM telah berjaya.Kematian Kugan,PDRM disalahkan dan Kugan Di sanjung sedang kan beliau seorang yang mempunyai rekod jenayah.Sekarang kita akan lihat kesudahan kes Adik Amirul yang menyaksikan drama-drama yang merobek dan menperdalamkan kebencian kepada PDRM.Belum habis lagi siasatan berbagai-bagai tomahan telah diterima oleh pihak PDRM.Yang aku bimbangkan,janganlah satu hari nanti,perompak lalu depan polis pun polis buat tak nampak.Berjasa pun dihina,Membahayakan nyawa pun dicerca,lebih baik makan gaji buta.

No comments: