Sunday, October 10, 2010

Melayu,Cina dan India









  • Melayu,Cina dan India adalah kaum mejoriti yang menjadi penduduk di negara Malaysia yang kita cintai.Menurut sejarah,kita telah dipecah-pisahkan oleh Penjajah apabila mereka memerintah.Mereka membeza-bezakan kita mengikut kaum walaupun mereka membawa kaum cina dan india mencari rezeki dan hidup di Tanah Melayu ketika itu.Mereka tidak berniat untuk menyatu-padukan kita tetapi bila kita meminta untuk merdeka,Mereka meletakkan syarat yang kaum Melayu mesti menerima kaum cina dan india (diterima sebagai warganegara setelah perbincangan antara 3 kaum)dan hidup aman damai selama 10 tahun tanpa sebarang peperangan atau rusuhan kaum (syarat ini lah menyebabkan Tunku Abdul Rahman menyerahkan Singapura kepada Lee Kuan Yu kerana tidak mahu kemerdekaan kita dirampas semula).




  • Maka hiduplah kita sebagai satu "bangsa" Malaysia ( sesuatu yang sukar dicapai kerana pemimpin kita membenarkan kewujudan sekolah-sekolah jenis kebangsaan melayu, cina dan tamil ) dengan cuba merapatkan jurang-jurang perbezaan yang telah dicipta oleh penjajah baik dari segi ekonomi,pendidikan juga penempatan ( kebudayaan,mereka bawa dari negara asal mereka ).




  • Dalam usaha itu berlakulah peristiwa 13 may yang merupakan peristiwa berdarah yang ingin dilupakan oleh semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam peristiwa itu.Usaha-usaha giat dijalankan agar jurang perbezaan yang wujud dapat dirapatkan dan usaha kerajaan BN berjaya kerana selepas tragedi 13 may kita semakin bertoleransi dan hidup aman damai sehingga lah kejatuhan ekonomi pada tahun 1997 yang menyaksikan berlaku pergolakan politik yang memecahkan politik melayu dengan serius.



  • Rupanya jurang yang semakin rapat itu menjadi rapat kerana kuasa pemerintah yang sebelum ini yang tidak memberi ruang atau peluang kepada kaum-kaum yang ada di Malaysia mempersoalkan,membicarakan,memperlekehkan,mempersendakan apa yag telah termaktub dalam PERLEMBANGAAN NEGARA. Kebebasan bersuara yang keterlaluan telah menyebabkan jurang-jurang perbezaan itu semakin melebar semula.



  • Kuasa Pemerintah semakin lemah akibatnya suara-suara sumbang dengan begitu berani menghina negara kita di dalam dan luar negara.Perpaduan semakin goyah sehingga kelihatan peristiwa 13 may akan berulang bila-bila masa sahaja.Tiada tindakan tegas kepada yang menghina,memperlekeh,memijak,meludah bendera dan lagu negara kita.Undang-undang yang sepatutnya memelihara keamanan dan keadilan dipergunakan sepenuhnya sehingga menyebabkan kekalutan,keresahan,kejengkelan kepada rakyat.



  • Surat khabar,majalah propaganda meluas dijual bagi mengelirukan fikiran rakyat. Kuasa Pemerintah yang lemah tidak mampu menghalang propaganda yang bersandarkan kepada hak kebebasan suara sehingga mengenepikan hak majoriti rakyat yang cintakan keamanan.Mampukah kita bersatu semula dibawah naungan 1 Malaysia?.Melayu,cina dan india dapat melupakan kepentingan kaum sendiri? saling bantu membantu, bukan saling tikam menikam dari belakang? Pembangunan yang dibina mampu dimiliki oleh kaum-kaum diMalaysia bukan dimonopoli oleh satu kaum dengan niat menghalau kaum lain dari Malaysia kerana tidak mampu membeli rumah dan tanah yang berharga ratusan ribu ringgit?Kontrak -kontrak dibuka kepada semua kaum kerana seimbang pendapatan perkapita semua kaum?Mampukah kita?Mampukah kita?






No comments: