Tuesday, February 2, 2010

YBK yang hendak dihak milikkan?


TANAH HAK MILIK YBK SELANGOR
BAKAL DIRAMPAS
Aku ingat lidah biawak je yang bercabang tapi lidah manusia yang tamakkan pangkat dan harta lagi teruk bercabang.Mata hati dah mati sehingga tak dapat melihat kebenaran,tidak dapat merasai kesusahan insan lain,tidak sayu dengan rayuan dan bermacam-macam lagi kebekuan hati dan kematian hati kerana tamakkan harta dan pangkat.
Ini berlaku di Selangor,sebuah parti yang kononnya memperjuangkan keadilan untuk rakyat tetapi sebenarnya mereka yang lebih tidak adil,hipokrit,kronirisme dan menindas insan lemah serta meletakkan syarat@ugutan agar kemahuan hati mereka dipenuhi walau dengan apa cara sekali pun.Tidak diperduli orang tak suka ke dia jadi YDP ! orang meluat ke tengok muka dia.Yang dia tau kemahuan dia mesti diikuti kalau tidak YBK akan kehilangan tanah seluas 526 hektar di Serendah,Rawang.Digunakan pelbagai alasan untuk menjadi YDP.Aku yang sedih tu YBK ni adalah yayasan membasmi kemiskinan,Bukan yayasan membuat kekayaan,bukan yayasan mengumpul kuasa,sekali lagi aku ulang YAYASAN MEMBASMI KEMISKINAN.Kenapa lah Tan Sri Khalid sanggup buat begitu?Tak cukup tinggi ke jawatan menteri besar sehingga jawatan YDP yayasan ini pun ingin direbut?
Aku teringat kata seorang penceramah agama,katanya"nafsu anak adam tidak akan puas selagi tanah tidak memenuhi perut mereka".Benar lah kata-kata beliau setelah aku melihat apa yang berlaku di Selangor ni.Aku pohon kat tuhan jangan lah orang seperti ini dianggkat sebagai pemimpin dinegara aku yang tercinta juga negeri aku yang tersayang(NOGORI SOMBILAN)