Wednesday, February 3, 2010

"Temasya" di Mahkamah



Bermula sudah perbicaraan kes yang begitu sensasi dan pada orang yang gemar sensasi.Telah berakhir semua jalan untuk menangguhkan perbicaraan yang telah tertangguh selama hampir 2 tahun.Orang yang kononnya memperjuangkan keadilan tetapi berusaha dengan sekuat tenaga untuk membatalkan pertuduhan,berusaha agar kes tidak dibicarakan yang menurut pandangan aku keadilan apa yang ingin ditegakkan jika belum ditegakkan cuba ditumbangkan?




Aku masih ingat perbicaraan kes DSA yang lalu,dimana kawasan mahkamah telah dijadikan 'tapak pesta dan temasya'oleh penyokong-penyokong beliau.Mereka bukan ingin menegakkan keadilan atau melihat keadilan itu ditegakkan,Sebelum bermula perbicaraan lagi mereka telah prajudis terhadap sistem kehakiman negara kita.Bagi mereka keadilan tidak wujud jika kes itu dibicarakan di Malaysia.Mereka lebih mempercayai mahkamah luar negara ( tentu Amerika Syarikat) yang memang gemar mencampuri dan memporak perandakan negara orang.Negara macam ini yang ingin kita percaya ke?




Mari lah kita sama-sama kita lihat 'temasya' yang akan berlangsung.
Lakonan,sendiwara serta permintaan jua kenyataan yang berbentuk provokasi dari DSA yang memang pakar dalam bidang itu.Mari...mari....mari.....