Monday, October 4, 2010

Hari Kesyukuran Dan Silaturrahim


Hari Raya Aidilfitri sudah semakin sampai ke penghujung.Suasana perayaan semakin hilang ditelan masa.Di penghujung perayaan ini ramai rakan taulan yang membuat rumah terbuka.Fesyen dan trend orang sekarang yang lebih suka menjamu rakan taulan,sanak saudara sekaligus kerana kengkangan masa dan tugas yang tidak mengizinkan kita bercuti lama bagi mengunjungi semua rumah kenalan dan sanak saudara.
Hari Raya tahun ini,aku sambut sederhana sahaja bersesuaian dengan bajet kewangan aku yang "ciput".Kauorang lihat pakaian dah tau apa warna latar kami sekeluarga pada tahun ini.Adik-adik datang beraya dan tinggal dirumah aku sepanjang cuti beraya,memeriahkan lagi suasana raya aku sekeluarga tahun ni.Kepada semua rakan-rakan dan sahabat handai,aku mohon maaf andai ada kesalahan baik dari percakapan,tutur bahasa aku yang kurang sopan,tingkah laku yang menyakitkan hati,aku mohon kemaafan sempena bulan yang mulia ini.
Aku bersyukur kerana aku di"hidup"kan setahun lagi bagi mencari keampunan dan keredaan NYA.Aku bersyukur kerana setiap tahun menjelang Aidilfitri,masih ada kunjung mengunjung sesama kita,masih ada ziarah menziarahi sesama saudara,KEAMANAN menjalar sini sana.Aku bersyukur.........................